|
Aksi pelumba Aprilia Racing, Aleix Espargaro pada saingan GP British. - REUTERS
SILVERSTONE: Pelumba Aprilia Racing, Aleix Espargaro menjuarai perlumbaan MotoGP Grand Prix (GP) British selepas memintas penyandang juara, Francesco Bagnaia pada pusingan terakhir yang dramatik di Silverstone, hari ini.
Pelumba KTM, Brad Binder melengkapkan podium dalam perlumbaan yang bersambung semula selepas berehat untuk cuti pertengahan musim.
Kejayaan Baignaia menamatkan perlumbaan di tempat kedua membantunya untuk mengukuhkan kedudukannya selaku pendahulu keseluruhan pelumba selepas pencabar terdekatnya Marco Bezzecchi terjatuh.
"Ia tidak masuk akal, saya berasa sangat baik dengan jentera hari ini," kata Espargaro yang meneruskan tradisi perlumbaan menghasilkan pemenang berbeza setiap tahun sejak 2013.
Hujan di lewat perlumbaan menambah kemeriahan kepada aksi penamat yang tegang dengan Espargaro menunggu masa sesuai untuk memintas Bagnaia.
"Pusingan terakhir adalah dramatik!" kata pelumba kelahiran Sepanyol itu yang menang walaupun bermula dari petak ke-12. - AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... at-bagnaia-kempunan |
|