|
KALI terakhir Marquez memenangi perlumbaan adalah pada September 2021. FOTO REUTERS
London: Dalam falsafah sukan permotoran, untuk menamatkan perlumbaan, sudah pasti anda perlu bermula terlebih dahulu.
Sudah tentu, juara enam kali MotoGP, Marc Marquez tidak perlu diingatkan dengan perkara itu selepas gagal menamatkan sebarang grand prix (GP), musim ini.
Selepas musim yang dipenuhi kemalangan, kecederaan dan tersisih, pelumba Sepanyol itu berkata, dia akan berlumba di GP Britain di Silverstone, hujung minggu ini, dengan fokus yang segar.
"Pada bahagian kedua musim ini, saya fikir dan percaya perlu membuat penampilan berbeza berbanding fasa pertama musim," kata Marquez kepada Reuters.
Penunggang Honda berusia 30 tahun itu yang kali terakhir memenangi perlumbaan pada September 2021, memperoleh 15 mata dalam acara pecut, Sabtu lalu, tetapi sekadar menduduki tangga ke-19 keseluruhan selepas tidak berlumba di lima daripada lapan GP musim ini.
Marquez tetap percaya dia mampu menang semula dan mungkin mencabar gelaran pada masa depan, tetapi perkara pertama adalah dia perlu kembali semula kepada aspek asas.
"Saya datang ke Silverstone dengan mentaliti untuk mencari perkara asas. Bukan untuk berlebih-lebih atau melakukan perkara gila," katanya.
"Ada orang menasihatkan supaya tidak mengambil risiko, tetapi penunggang terakhir di grid MotoGP mengambil risiko dengan motosikalnya. Anda perlu menekan kerana semua orang dalam MotoGP sangat pantas dan sangat bagus," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -dengan-lebih-segar |
|