Sanusi dedah Anwar bawa lelaki Indonesia mohon tanah REE di Kedah
PEDU: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendedahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ada membawa seorang lelaki Indonesia ke Kedah bagi tujuan memohon kawasan lombong unsur nadir bumi (REE).
Sanusi tampil mendedahkan perkara berkenaan ketika berucap pada program Ceramah Perdana Gelombang Perikatan Nasional DUN Pedu pada Selasa.
Mengulas lanjut, lelaki Indonesia yang dimaksudkan dikenali sebagai Riza Chalid telah membuat permohonan berkenaan sebelum kerajaan negeri dibubarkan.
“Ada orang hubungi saya, Pak Riza Chalid ini ada nak berikan beratus-ratus lembu korban tetapi saya tak mahu sebab dah nak pilihan raya takut lembu itu jadi rasuah.
“Ketika itu saya dah jadi Menteri Besar, Anwar Ibrahim datang ke Kedah bersama lelaki berkenaan, saya tengok dalam portal Anwar dengan lelaki berkenaan berjumpa seseorang,” katanya.
Ujar Sanusi, perkara itu juga antara pendorong Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail secara bertalu-talu menjalankan serangan terhadapnya.
“Rupanya Riza Chalid nak mohon kawasan lombong REE, patutlah Pudin (Saifuddin) ini terlalu nak pulun (serang) saya... tahu dah.
“Saya memang ingat Pak Riza ini ada jumpa macam-macam orang untuk nak mohon tanah lombong REE,” ujarnya lagi.
Sanusi bagaimanapun berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah jika wujud pihak yang ingin memohon tanah untuk mengusahakan tanah REE.
Bagaimanapun, usaha itu seharusnya menggunakan saluran yang betul mendatangkan semula pulangan terhadap kerajaan negeri.
“Buat kerja ikut undang-undang, biar betul-betul. Janganlah sampai rosak mineral kita… hilang duit kita. Siapa pun atas dunia ini yang ada kemahiran ada kepakaran nak mohon kawasan REE silakan, kita luluskan dengan syarat hasil itu dipulangkan kepada rakyat Kedah.
“Anwar Ibrahim ke Pudin (Saifuddin) marilah... sesiapa pun tak mengapa,” katanya lagi.
Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) sekali lagi menegaskan, segala skandal yang dilontarkan terhadapnya hanya berniat jahat untuk mengelirukan pemikiran rakyat.
“Jalan ceritanya supaya orang benci Sanusi, benci PN dan ingin tunjuk kelemahan tadbir urus dan tatakelola. Yang tak faham tatakelola ini Pudin (Saifuddin).
"Jadi ini berita besar (pendedahan berkenaan PM) bawa pengusaha dari Indonesia ingin mohon tapak untuk lombong REE di Kedah,” dedahnya.
Post time 2-8-2023 06:12 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Boek ah nusi ni. iols makin suke dia ni bcuz dia kuat melawan....mesti madanon igt nusi ni lemah khens tp tidak ya.. tgk dia lawan tmjamaika pun da sesuatu....
iols da nmpk siapa pengganti tun m nati
Post time 2-8-2023 06:54 AMFrom the mobile phone|Show all posts
MissYouSayang replied at 2-8-2023 06:12 AM
Boek ah nusi ni. iols makin suke dia ni bcuz dia kuat melawan....mesti madanon igt nusi ni lemah kh ...
Bang Non tentu syok mula2 jd PM sbb Atuk dah tua then kalah pru...tengok2 ada pulak pengganti mulut boleh tahan...mmg ubat untuk tukang kelentong mcm Bang Non tu. Mmg buku bertemu ruas.
Post time 2-8-2023 07:59 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Firenzza replied at 2-8-2023 07:39 AM
Tp nusi ni bertempur sorang2, lobai pas pis pus xde yg backup dia secara taktikal.....pmx, pahmi, pu ...
Sbb tu taktikal depa kot. Mb kedah mmg dah selesa dah kedudukan. Jd kena tembak.berkalo2 pun tak ada kesan. Yg lain just kempen tmpt masing2 ja. Dpt mereka kempen dgn aman. Yg Bang Non and the geng bila lawan sanusi dgn tidak adil sbb di bantu agensi kerajaan akan dilihat oleh orang negeri lain sbb depa di federal. Maka kesan gelojoh dan ketakutan PMX tu penduduk negeri lain.dpt tengok
Post time 2-8-2023 08:06 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Firenzza replied at 2-8-2023 07:39 AM
Tp nusi ni bertempur sorang2, lobai pas pis pus xde yg backup dia secara taktikal.....pmx, pahmi, pu ...
Kannn.. Ak pun perasan.. Yg lain amik kesempatan je.. Ni PRN klu PN menang mmg credit to sanusi... Org undi PN bkn sbb mahyuddin Sgt... Sbb org dah x nk Anwar n dap.. Pastu Sanusi pulak jd nasi tambah
Nusi not slow down a bit..masih ceria menangkis peluru2 kapoq madanon..malam ni Nusi and the big guns live dari jitra mesti berpuluh ribu punya live kat tiktok dan crowds
Post time 2-8-2023 09:47 AMFrom the mobile phone|Show all posts
scorpionkiki replied at 2-8-2023 07:59 AM
Sbb tu taktikal depa kot. Mb kedah mmg dah selesa dah kedudukan. Jd kena tembak.berkalo2 pun tak a ...
Part ni aku setuju....nuart amik kesempatan guna aset gomen utk political mileage dia, guna logistik, agensi, staff kjn, sekolah, media milk gomen utk portray dia bagus, org lain semua teruk