View: 2084|Reply: 0
|
Mane luluh hati tinggalkan Bayern
[Copy link]
|
|
Saat manis Sadio Mane meraikan kejayaan menjuarai Bundesliga pada musim sulungnya di Bavaria. – Foto Twitter
DUBAI: Sadio Mane mengakui dia mengharapkan sesuatu yang berlainan di Bayern Munich ketika dia semakin menghampiri perpindahan ke Al-Nassr.
Mane tiba di Dubai untuk menjalani bahagian pertama ujian perubatannya sebelum menandatangani kontrak bersama kelab Arab Saudi itu hingga tahun 2027.
Pemain sayap itu akan menyertai Al-Nassr dengan perjanjian £34 juta (RM196 juta) dan akan menerima gaji £650,000 (RM3.7 juta) seminggu.
Mane menyertai Bayern dari Liverpool tahun lalu dan sekalipun dia memenangi kejuaraan Bundesliga, perpindahan itu tidak begitu berjaya seperti dirancang.
"Meninggalkan FC Bayern melukakan hati saya. Saya lebih suka kalau ia satu penamat yang berbeza. Saya tahu saya boleh membantu pasukan musim ini.
Sadio Mane menjaringkan 12 gol selain enam umpanan gol dalam 38 penampilan bersama Bayern Munich musim lalu. – Foto Twitter
"Saya mahu membuktikan kepada setiap orang musim ini. Bagaimanapun, saya hanya mampu mengucapkan selamat berjaya kepada kelab dan peminat pada masa depan."
Ketika beraksi dengan Bayern, Mane mengalami kecederaan sekali gus menyaksikannya terlepas peluang mewakili Senegal pada Piala Dunia di Qatar.
Pada April lalu, Mane digantung dan didenda oleh Bayern selepas laporan dia menumbuk rakan sepasukan Leroy Sane di bilik persalinan susulan kekalahan di tangan Manchester City.
Secara keseluruhan, Mane melakukan 38 penampilan bersama Bayern dan menjaringkan 12 gol serta enam umpanan gol.
Di Al-Nassr, dia akan bergandingan dengan bintang Portugal, Cristiano Ronaldo dan dijangka membentuk satu jentera serangan jitu. – AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... i-tinggalkan-bayern |
|
|
|
|
|
|
| |
|