View: 1219|Reply: 0
|
PSG mahu Fifa hukum Real
[Copy link]
|
|
PEREBUTAN Mbappe bakal mencetus peperangan hangat antara PSG, Real. FOTO Agensi
Paris: Real Madrid mungkin akan berasa lebih tertekan berbanding Kylian Mbappe ketika ini, apabila Paris Saint Germain (PSG) berusaha melakukan apa sahaja tekanan kepada mereka dan bintang Perancis itu.
Dengan Mbappe enggan menandatangani perjanjian baharu, tetapi juga menolak sebarang pendekatan untuk dijual kepada mana-mana pasukan pada musim panas ini.
PSG yakin bahawa dia sudah mencapai syarat perjanjian dengan Real Madrid untuk menyertai mereka secara percuma tahun depan.
Walaupun secara umumnya ia boleh merasakan seolah-olah semuanya adil ketika peperangan dalam jendela perpindahan, Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) melarang sebarang perbincangan dengan pemain dan yang bersetuju dengan tawaran lebih daripada enam bulan sebelum tamat kontrak.
The Telegraph yang memetik Marca berkata, PSG sedang menimbang untuk memfailkan aduan kepada Fifa.
Ia masih menjadi tanda tanya sama ada mereka mempunyai alasan untuk berbuat demikian, atau hanya niat untuk memberikan tekanan kepada Mbappe dan Los Blancos untuk duduk di meja rundingan.
Fifa sebelum ini mengeluarkan larangan perpindahan yang dijalankan secara tidak adil.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ahu-fifa-hukum-real |
|
|
|
|
|
|
| |
|