View: 1649|Reply: 0
|
Atletico Madrid atasi Man City di Seoul
[Copy link]
|
|
Atletico Madrid atasi Man City di Seoul
DEPAY (dua dari kanan) cuba melepasi pemain pertahanan City, Manuel Akanji (kanan) dan Dias. FOTO REUTERS
Seoul: Juara Eropah, Manchester City tewas 1-2 di tangan Atletico Madrid dalam perlawanan persabahatan yang berlangsung agak tegang di Stadium Piala Dunia, Seoul, hari ini.
Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan utama hampir kepada kekuatan sebenar, walaupun perancang City, Kevin De Bruyne yang cedera di final Liga Juara-Juara Eropah (UCL), berada di bangku simpanan.
Memphis Depay meletakkan Atletico di depan pada minit ke-66 selepas menerima umpanan Angel Correa di luar kotak penalti dan merembat melepasi Stefan Ortega yang menggantikan Ederson sebagai penjaga gol ketika rehat.
Yannick Carrasco menjaringkan gol kedua Atletico pada minit ke-74.
City menumpaskan Bayern Munich di Jepun, Rabu lalu, namun gagal menjaringkan gol sehinggalah pemain pertahanan, Ruben Dias merapatkan jurang.
Penjaring gol berbisa, Erling Haaland bermain selama 55 minit, tetapi gagal menjaringkan gol.
Pengurus Atletico, Diego Simeone berkata, dia berpuas hati dengan persembahan anak buahnya.
"Kami bermain dengan ketenangan yang membentuk karektor kami," katanya.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... i-man-city-di-seoul
|
|
|
|
|
|
|
| |
|