View: 1545|Reply: 0
|
Dua gol Anderson pacu Newcastle
[Copy link]
|
|
Danny Welbeck (kiri) meraikan jaringan pertamanya buat Brighton bersama Facundo Buonanotte ketika menentang Newcastle pada aksi Siri Musim Panas Liga Perdana di Arena Red Bull, New Jersey, AS pagi tadi. – Foto brightonhoveandalbion.com
NEW JERSEY, Amerika Syarikat: Dua gol lewat jaringan Elliot Anderson membantu Newcastle United menamatkan kempen mereka pada kejohanan Siri Musim Panas Liga Perdana dengan kemenangan 2-1 ke atas Brighton di New Jersey pagi tadi.
Selepas buntu tanpa jaringan pada babak pertama di Arena Red Bull, Newcastle ketinggalan sejurus selepas rehat susulan tampanan jarak dekat Danny Welbeck sebelum Anderson menyamakan kedudukan pada hujung saingan bagi meneruskan persembahan cemerlangnya ketika pramusim.
Pemain tengah berusia 20 tahun itu kemudian memastikan kemenangan pada minit terakhir masa kecederaan dengan penyudah padu, gol keempatnya dalam empat perlawanan persahabatan setakat ini, untuk mencerahkan peluang Newcastle menjuarai pertandingan julung kali diadakan itu.
Pengurus Eddie Howe membuat 11 pertukaran daripada pasukan yang berdepan Chelsea di Stadium Mercedes-Benz apabila Harvey Barnes diberi peluang tampil kali pertama dalam kesebelasan utama Magpies menentang The Seagulls manakala pertahanan kanan, Harrison Ashby turun dalam kesebelasan utama Newcastle buat kali pertama di peringkat senior.
Pada minit ke-49, Newcastle ketinggalan apabila Kaoru Mitoma meluru melepasi kawaln Ashby di sayap kanan sebelum hantaran silang berbahaya pemain sayap Jepun itu singgah di kaki Welbeck, yang mudah menampan masuk dari jarak dekat.
Elliott Anderson menyumbang dua gol membantu Newcastle mengatasi Brighton 2-1 pada aksi persahabatan pramusim di Arena Red Bull, New Jersey, AS pagi tadi. – Foto Twitter Newcastle United
Empat minit sebelum tamat, Newcastle bagaimanapun menyamakan kedudukan apabila pemain muda gantian Ben Parkinson merembat leret satu hantaran lintang ke dalam kotak penalti dengan Anderson menyambut bola muntah sebelum meledak masuk.
Anderson memastikan kemenangan apabila menerima umpanan menakjubkan daripada Jacob Murphy, mengatasi cabaran pertahanan Albion, Ed Turns sebelum tenang menyepak masuk ke penjuru kiri gol lawan.
Kemenangan itu menyaksikan Newcastle, yang menghuni tangga keempat Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu sekali gus layak ke Liga Juara-Juara musim depan, mendahului senarai enam pasukan EPL yang bertanding pada kejohanan itu dengan lima mata daripada tiga perlawanan.
Aston Villa dan Chelsea masing-masing di tangga kedua dan ketiga dengan empat mata diikuti Brighton, Fulham dan Brentford.
Villa akan berdepan Brentford manakala Chelsea menentang Fulham pada hari terakhir kejohanan awal pagi Isnin ini. – AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... rson-pacu-newcastle |
|
|
|
|
|
|
| |
|