View: 955|Reply: 0
|
Juventus disingkirkan daripada Liga Konferens Europa
[Copy link]
|
|
JUVENTUS disingkirkan daripada Liga Konferens Europa musim depan selepas UEFA mendapati mereka melanggar peraturan kewangan badan induk itu. FOTO REUTERS
Paris: Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) mengumumkan kelab Itali, Juventus 'dibuang' daripada menyertai saingan Liga Konferens Europa musim depan.
Perkara itu dinyatakan UEFA selepas mendapati Juventus melanggar peraturan kewangan sekali gus terpaksa disingkirkan, mah turut didenda 20 juta euro (RM100 juta).
Menurut kenyataan UEFA, kelab terbabit dengan jelas melanggar kawal selia kewangan dan pasukan itu dibenarkan untuk membuat rayuan.
"Juventus melanggar rangka kerja kawal selia UEFA. Diputuskan untuk mengecualikan Juventus daripada pertandingan kelab UEFA bagi 2023-24," kata badan induk bola sepak Eropah itu.
Sementara itu, Juventus memberi maklum balas bahawa kelab berkenaan menerima keputusan UEFA itu dan tidak akan membuat rayuan.
"Juventus, ketika menganggap pelanggaran yang didakwa tidak penting dan tindakannya betul, mengisytiharkan untuk menerima keputusan itu," kata kelab itu.
Fiorentina dikatakan antara calon pengganti Juventus untuk beraksi di Liga Konference Europa di mana pasukan itu menamatkan saingan Serie A di tangga kelapan musim lalu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ga-konferens-europa |
|
|
|
|
|
|
| |
|