View: 183|Reply: 0
|
Al-Hilal ikat Malcom dari Zenit
[Copy link]
|
|
Pemain sayap Brazil, Malcom memperagakan jersi bernombor 77 yang akan dipakainya bersama kelab baharu Al-Hilal. – Foto Twitter AlHilal Saudi Club
RIYADH: Pemain sayap Brazil, Malcom menyertai Al-Hilal dari kelab Russia, Zenit Saint Petersburg, umum kelab Arab Saudi itu awal pagi tadi.
"Selamat datang Malcom," ciap Al-Hilal dalam hantaran di laman Twitter.
Butiran kewangan tidak didedahkan namun minggu lalu ketua pegawai eksekutif Zenit, Alexander Medvedev memberitahu RIA Novosti, Al-Hilal membayar 60 juta euro (RM303 juta) sebagai yuran pembelian.
Pemain berusia 26 tahun itu adalah pembelian keempat Al-Hilal pada musim panas ini selepas pertahanan Senegal, Kalidou Koulibaly, pemain tengah Serbia, Sergej Milinkovic-Savic dan pemain tengah Portugal, Ruben Neves.
Pemain sayap Brazil itu, yang menyertai Zenit pada tahun 2019 dari Barcelona, muncul penjaring gol terbayak Liga Perdana Russia musim lalu dengan 23 gol ketika kelabnya mengungguli kejuaraan liga.
Malcom meraikan gol kedua Brazil ketika menentang Sepanyol pada aksi penentuan pingat emas temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Stadium Antarabangsa Yokohama pada 7 Ogos 2021. – Foto REUTERS
Beberapa pemain berprofil tinggi dikaitkan dengan perpindahan ke Arab Saudi dalam beberapa minggu kebelakangan.
Al-Hilal turut pernah mengintai peluang untuk mengikat Lionel Messi, namun pemain bintang Argentina itu akhirnya memilih untuk beraksi dengan kelab Major League Soccer, Inter Miami.
Al-Hilal kelab paling berjaya di Arab Saudi dan Asia selepas mengumpul 66 trofi dan memegang rekod bagi liga dan juara Asia dengan masing-masing 18 dan empat kali.
Memperkukuhkan skuad menjadi keutamaan kelab berpangkalan di Riyadh itu, yang kehilangan mahkota kejuaraan liga dan Liga Juara-Juara Asia. – REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... t-malcom-dari-zenit |
|
|
|
|
|
|
| |
|