View: 224|Reply: 1
|
Siapa lebih berbisa, Boakye atau Machado?
[Copy link]
|
|
Richmond Boakye (SFC) (kanan) dan Ramon Machado (Sabah FC).
Kuala Lumpur: Penggempur mana lebih berbisa?
Itu antara yang bakal disajikan penyokong bola sepak tempatan selepas Selangor FC (SFC) dan Sabah FC akan berentap di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam ini.
Tumpuan pasti terarah kepada dua penyerang import baharu pasukan itu, Richmond Boakye (SFC) dan Ramon Machado (Sabah FC) yang dijangka diturunkan untuk 'berentap' antara satu sama lain.
Kedua-dua pemain import baharu ini tampak tidak berdepan masalah untuk menyesuaikan diri dengan kancah Liga Super apabila tidak memerlukan masa yang lama untuk membuka akaun golnya bersama pasukan masing-masing.
Machado jelas menggembirakan Datuk Ong Kim Swee apabila berjaya meledak tiga gol setakat ini - dua gol ketika berdepan Kuching City FC dan satu gol menentang Sri Pahang FC (SPFC).
Boakye pula menemui jaringan pada aksi keduanya ketika menentang Penang FC, jaringan yang membantu 'The Red Giants' meraih kemenangan 3-0 sekali gus mengukuhkan kedudukan di tempat kedua liga.
Kualiti penyudah yang ditunjukkan bekas penggempur Red Star Belgrade itu membuktikan masih banyak lagi yang boleh diberikan pemain itu untuk menajamkan lagi jentera serangan SFC.
Justeru, siapakah yang bakal menjadi 'mangsa' Boakye ataupun Machado malam ini?
Secara keseluruhan, SFC disifatkan hanya memiliki 'margin' yang kecil untuk keciciran mata kerana kelebihan tiga mata itu tidak terlalu besar untuk dikejar pasukan yang berada di bawah mereka.
Justeru, anak buah Cheng Hoe tidak boleh alpa ketika berdepan Sabah FC dan mereka perlu terus meraih kemenangan sekiranya mahu terus selesa berada di tangga kedua - yang menawarkan slot ke pertandingan Asia secara 'pintu belakang'.
Bagaimanapun, prestasi semasa menyaksikan tuan rumah dijangka berdepan tentangan sengit daripada Sabah FC yang ketika ini berada pada momentum terbaik dengan tiga kemenangan berturut-turut.
Cuma, rekod Sabah FC di tempat lawan mungkin sedikit membuatkan SFC boleh sedikit 'bertenang' menjelang pertembungan malam ini.
Rekod menyaksikan mereka hanya memenangi dua daripada lapan aksi di tempat lawan sepanjang musim ini - dua kemenangan ke atas pasukan bawahan liga seperti iaitu Kuching City FC dan Kelantan United.
https://www.bharian.com.my/sukan ... boakye-atau-machado |
|
|
|
|
|
|
|
Dua-dua penggempur berbisa |
|
|
|
|
|
|
| |
|