View: 176|Reply: 0
|
Gol Fernandes, Sancho benam Arsenal
[Copy link]
|
|
FERNANDES (tengah) meraikan jaringannya. FOTO AFP
New York: Bruno Fernandes dan Jadon Sancho masing-masing menjaringkan gol ketika Manchester United menewaskan Arsenal 2-0 dalam aksi persahabatan yang disaksikan 82,262 penyokong di Stadium MetLife, hari ini.
Peminat New York dan New Jersey dari dua kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu menyaksikan aksi separuh masa pertama yang menarik membabitkan kedua-dua gol itu tetapi babak kedua agak hambar selepas banyak berlaku pertukaran pemain.
Penjaga gol baru United dari Cameroon, Andre Onana, yang ditandatangani dari Inter Milan menerusi kontrak bernilai £44 juta (RM juta), tidak beraksi walaupun turut bersama-sama menyertai jelajah pasukan itu di Amerika Syarikat.
Penjaga gol kedua, Tom Heaton diberi tanggungjawab menjaga gawang dengan Fernandes memakai lilitan kapten selepas menggantikan pemain pertahanan, Harry Maguire.
United mendahului selepas setengah jam permainan selepas Fernandes melepaskan rembatan kaki kiri yang rendah untuk memperdaya penjaga Arsenal, Aaron Ramsdale.
Tujuh minit kemudian, Sancho menggandakan jaringan selepas pertahanan Arsenal, Gabriel melakukan kesilapan.
Dengan United masih mencari penyerang tengah pada jendela perpindahan pemain, Sancho memainkan peranan penting, berbanding posisi biasa di bahagian sayap.
Pemain berusia 18 tahun, Kobbie Mainoo mempamerkan aksi memberangsangkan di bahagian tengah United dan Fernandes memuji produk akademi kelab itu.
"Sejujurnya, Kobbie adalah pemain yang hebat, dia menunjukkan daya tahan yang hebat. Semua orang boleh melihatnya.
"Dia pandai menguasai bola dan bijak ketika bertahan dan menyerang. Dia masih muda tetapi kami melihat masa depannya sangat cerah. Harap dia akan mendapat lebih banyak minit permainan selepas ini," kata bintang Portugal itu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ancho-benam-arsenal |
|
|
|
|
|
|
| |
|