View: 201|Reply: 0
|
Pakar pilih JDT gah pertahan kejuaraan
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Penyandang juara, Johor Darul Ta'zim (JDT) akan berdepan KL City FC pada aksi final Piala FA 2023 di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini.
Skuad Harimau Selatan jelas turun sebagai pasukan pilihan berdasarkan prestasi semasa namun KL City FC menyimpan hasrat untuk sekali lagi mencipta kejutan ke atas lawan sama.
Datuk Jamal Nasir.
1. Bekas pemain kebangsaan, Datuk Jamal Nasir, (JDT 3 KL City 0)
"Berdasarkan kepada saingan Liga Super apabila JDT sering membelasah KL City FC dengan jaringan besar, ia sekali gus memberi gambaran keputusan pada final Piala FA"
2. Bekas jurulatih PDRM FC, Mohd Fauzi Pilus (JDT 2 KL City 0)
"Saya ramal JDT menang 2-0 namun bergantung kepada aksi JDT di separuh masa pertama sama ada dapat membunuh perlawanan lebih awal ataupun tidak dan JDT ada kelebihan besar jika KL City FC bergelut."
3. Bekas jurulatih Kedah, Azraai Khor Abdullah (JDT 3 KL City 0)
"Kelebihan pada JDT dengan barisan pemain yang dimiliki selain musim 2023 ini boleh dianggap sebagai musim terbaik JDT berdasarkan prestasinya dalam Liga Super"
4. Pemerhati bola sepak tempatan, Prof Madya Dr Zulakbal Abd Karim (JDT 2 KL City 1)
"JDT tidak akan dikejutkan KL City FC pada final kali ini memandangkan mereka sudah belajar daripada kesilapan mereka yang lalu dan memiliki cara terbaik untuk berdepan dengan KL City FC"
5. Jurulatih TFC, Tomislav Steinbruckner (JDT 2 KL City FC 0)
"JDT akan mempertahankan gelaran atas faktor beraksi di laman sendiri, kualiti pasukan yang lebih memihak kepada JDT tetapi KL City FC tetap ada peluang dengan peningkatan pertahanan dan mencari peluang menerusi serangan balas pantas."
https://www.bharian.com.my/sukan ... -pertahan-kejuaraan |
|
|
|
|
|
|
| |
|