CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 373|Reply: 0

Harith Farhan sedia memburu podium di Gong Badak

[Copy link]
Post time 22-7-2023 11:09 AM | Show all posts |Read mode

HARITH sedia memburu podium di laman sendiri menjelang perlumbaan Cub Prix Malaysia di Litar Permotoran, Gong Badak esok.

PELUMBA meningkat naik pasukan Tobaki Pink Racing Team, Muhammad Harith Farhan Baharin mahu membawa aura kejayaan sewaktu edisi 2021 selepas berjaya menaiki podium tempat ketiga ketika bersaing pada perlumbaan Cub Prix Malaysia di Litar Permotoran, Gong Badak.

Beraksi di laman sendiri, ia bakal menjadi tonik terbaik buat pelumba muda berusia 24 tahun kelahiran Kampung Bukit Besar, Kuala Terengganu itu untuk membuktikan kemampuannya bersama rakan sepasukan, Afizi Supaat dan Qhuwarismi Nasir dalam saingan CP150.

Justeru, Harith menegaskan dia mahu menggunakan sesi latihan sebelah pagi hari ini dengan baik dan seterusnya memecut laju pada aksi kelayakan sebelah petang bagi memberi peluang kepadanya memburu kedudukan grid lebih baik.

“Sejujurnya saya rasa semakin bersemangat terutama beraksi di laman sendiri apatah lagi dengan kehadiran keluarga serta rakan-rakan. Jadi, impian saya bukan mahu sekadar untuk meraih mata tetapi mahu memburu podium seperti pernah dilakukan pada saingan CP125.

“Menjelang perlumbaan esok (Sabtu) saya mahu menikmati perlumbaan di laman sendiri ­kerana kita tahu saingan pasti mencabar terutama pasukan besar-besar yang telah bertapak lama dalam saingan CP150.

“Bagaimanapun, saya tidak berputus asa kerana saya yakin peluang dan ruang untuk kami meraih mata di sini sangat besar. Oleh itu, saya mahu lakukan terbaik pada sesi kelayakan yang akan berlangsung petang esok (hari ini),” katanya kepada ­Kosmo! semalam.

Walaupun litar yang terletak di Gong Badak itu sudah menjadi ‘makanannya’, namun Harith percaya untuk menawan litar tersebut bukan mudah lagi-lagi tekanan yang datang dari pelumba lain.

“Kita tahu saingan di Gong Badak bukan mudah tetapi ada ruang yang saya lihat mampu memintas pelumba lain ter­utama di selekoh 7. Jika jentera dalam keadaan baik saya yakin kami mampu untuk berada di hadapan,” ujarnya.

Pada perlumbaan pusingan kempat di Litar Sepang Selatan bulan lalu, Harith berjaya meraih mata pertama selepas menamatkan perlumbaan tempat ke-13 dan rakan sepasukannya, Afizi Supaat hampir menjelmakan podium selepas meloloskan diri saingan tempat kelima.
https://www.kosmo.com.my/2023/07 ... dium-di-gong-badak/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:26 PM GMT+8 , Processed in 0.105447 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list