View: 151|Reply: 0
|
Liverpool mahu lakukan rombakan besar
[Copy link]
|
|
JURGEN Klopp. FOTO Reuters
London: Bos Liverpool, Jurgen Klopp dilaporkan mempunyai senarai pendek sembilan pemain di bahagian tengah yang berpotensi menjadi sasarannya.
The Reds kini sedang melakukan rombakan besar dengan kontrak James Milner, Naby Keita dan Alex Oxlade-Chamberlain sudah tamat bulan lalu.
Fabinho dari Brazil, 29, dilihat bersedia untuk berhijrah menerusi nilai perpindahan £40 juta (RM234.5 juta) ke kelab Liga Pro Saudi, Al-Ittihad.
Jordan Henderson pula bersedia untuk muncul pemain pertama berstatus bintang England yang beraksi di Liga Pro Saudi.
Dia bersedia untuk menandatangani kontrak tiga tahun bersama Al-Ettifaq bernilai £108 juta (RM633.2 juta) selepas Liverpool bersetuju untuk melepaskannya.
Liverpool sudah pun mendapatkan pemain tengah selepas membeli Alexis Mac Allister dan Dominik Szoboszlai.
The Sun sebelum ini melaporkan empat pemain berada dalam radar Klopp dengan bintang Brighton, Moises Caicedo tidak termasuk dalam senarai itu.
Pemain berkenaan adalah Sofyan Amrabat, Ryan Gravenberch, Kalvin Phillips dan Romeo Lavia.
Amrabat yang berusia 26 tahun turut diintai beberapa pasukan pada musim panas ini termasuk Manchester United.
Ejen Amrabat baru-baru ini mendedahkan bahawa Fiorentina sedia untuk melepaskan pemain Maghribi itu, tetapi hanya jika mereka menerima tawaran yang sesuai.
Pemain tengah Belanda, Gravenberch, 21, dikaitkan dengan beberapa kelab Liga Perdana Inggeris selepas mengharungi musim pertama yang sukar bersama Bayern Munich.
Selepas melengkapkan perpindahan bernilai £16 juta (RM93.8 juta) dari Ajax musim panas lalu, Gravenberch hanya menjaringkan satu gol sepanjang 33 penampilan di semua pertandingan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ukan-rombakan-besar |
|
|
|
|
|
|
| |
|