View: 502|Reply: 2
|
Judika buat peminat bimbang
[Copy link]
|
|
Judika buat peminat bimbang
Perkongsian Judika di media sosial. FOTO Genes Gulitah
Kuala Lumpur: Penyanyi popular Indonesia, Judika menjelaskan tidak berniat untuk menimbulkan kebimbangan peminat apabila hanya meninggalkan satu gambar saja di Instagramnya baru-baru ini.
Menerusi perkongsian yang sama, dia turut berterima kasih kepada peminat yang banyak menyokong perjalanan seninya selama ini.
"Saya tidak berniat hendak membuat mana-mana pihak kurang senang atau risau dengan memuat naik gambar hitam dengan kapsyen begitu.
"Semuanya dirancang oleh 'team' saya sempena memaklumkan mengenai konsert yang bakal berlangsung pada 21 Oktober depan. Malah, saya ketika itu sedang sibuk dengan aktiviti dan tidak menyedari perkara itu.
"Sehingga ada rakan selebriti di Indonesia yang menelefon dan bertanya keadaan saya kerana perkongsian yang dimuat naik. Bukan apa, saya memang tidak pernah membuat perkara sebegitu.
"Namun mujur tidak berlaku terlalu lama dan dalam tempoh singkat saja kerana tidak mahu terus membuatkan ramai orang bimbang," katanya.
Judika mengulas mengenai perkara itu ketika ditemui di sidang media Konsert RockMantic Night Judika and The Gang yang berlangsung semalam.
Selain Judika selaku teraju utama, konsert yang bakal berlangsung pada 21 Oktober depan di Axiata Arena, Bukit Jalil turut menampilkan tiga penyanyi tempatan iaitu Shila Amzah, Haqiem Rusli dan Marsha Milan.
"Sebelum ini saya sering diajukan menerusi mesej peribadi dan komen, kapan (bila) mahu ke Malaysia? Memandangkan rakan-rakan di Indonesia sudah membuat persembahan di Malaysia, kini tibalah giliran saya pula.
"Bakal membuat persembahan diiringi oleh orkestra, saya berharap peminat yang hadir pada malam itu nanti bakal pulang dengan senyuman dan memori indah," kata Judika.
sUMBER:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... uat-peminat-bimbang
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Judika Pertama Kali Buat Gimik, 'Delete' Semua Gambar Di IG
Pada 4 Julai lalu, Judika menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat apabila penyanyi itu memadam semua foto di akaun Instagram miliknya.
Hantaran yang dibuat turut disertakan dengan kapsyen ucapan terima kasih kepada semua peminat yang telah menyokongnya selama ini menimbulkan spekulasi penyanyi itu bakal mengundurkan diri dari dunia seni.
Pemilik nama sebenar, Judika Nalon Abadi Sihotang, 45, bagaimanapun menjelaskan dia tidak mempunyai niat untuk berhenti menyanyi dan meluahkan rasa terharu apabila ramai yang bertanyakan tentang keadaan dirinya.
"Sebenarnya saya sendiri takut dengan gimik ini sebab kapsyen yang ditulis membuatkan orang ramai menganggap saya mahu menghilangkan diri.
"Niat saya sebenarnya hanya ingin memberitahu tentang konsert yang bakal berlangsung dengan cara istimewa kepada peminat.
"Saya tidak ada niat untuk menghilang... daripada satu sisi yang lain, ketika saya membaca komen peminat, terbukti rupa-rupanya ramai yang sayang kepada saya.
"Terima kasih kepada semua yang mengambil berat tentang diri saya," ujarnya.
Dalam pada itu, penyanyi berkenaan menjelaskan gimik tersebut bukanlah atas kehendaknya namun hanya menerima idea daripada syarikat pengurusannya.
"Sebenarnya saya juga tidak pernah melakukan gimik seperti ini, semuanya idea daripada pasukan saya yang memikirkan tentang bagaimana caranya untuk memberi kejutan tentang konsert pertama saya di Malaysia.
"Saya hanya bersetuju kerana tidak biasa melakukan perkara (gimik) ini," jelasnya.
Sementara itu, Judika turut berkongsi rasa teruja apabila bakal menghiburkan peminat menerusi Konsert Rockmantic Night Judika and The Gang yang akan diadakan pada 21 Oktober depan.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Xyah kot penyanyi dh ada nama buat gimik bbnu |
|
|
|
|
|
|
| |
|