View: 164|Reply: 0
|
Penyokong PSG ugut kerat jari Vlahovic
[Copy link]
|
|
VLAHOVIC (kanan) tidak disenangi penyokong ultra PSG.
London: Penyokong Paris Saint-Germain membuat ugutan menakutkan semalam selepas berang dengan spekulasi perpindahan Dusan Vlahovic ke kelab itu pada musim panas ini.
Penyerang Juventus itu dilapor bakal meninggalkan Old Lady selepas beberapa kelab menunjukkan minat ke atas pemain itu termasuk Bayern Munich dan Chelsea.
Tetapi laporan terkini mendakwa Vlahovic mencapai persetujuan terma peribadi dengan PSG dan Foot Mercato mendakwa dia gembira menandatangani kontrak lima tahun dengan pendapatan €11 juta (RM65 juta) setahun.
PSG masih perlu bersetuju dengan yuran ditetapkan Juventus yang didakwa €90 juta, sedikit peningkatan daripada yang dibayar Bianconeri kepada Fiorentina untuk mendapatkan Vlahovic.
Bagaimanapun, penyokong ultra PSG tidak senang dengan hasrat kelab mereka mahu mendapatkan Vlahovic dan beberapa foto tersebar di media sosial menunjukkan mereka memegang kain pemidang yang membantah kehadiran pemain Serbia itu.
Mereka berkumpul di luar ibu pejabat PSG bagi menyampaikan mesej: "Anda datang ke Paris, kami potong tiga jari anda!".
Menurut salah seorang ketua PSG, tiga jari itu sebagai simbolik kepada tindakannya yang mengangkat tiga jari sebagai tanda sokongan kepada 'kemenangan Serbia'.
Vlahovic yang melakukannya bersama dua lagi rakan sepasukan Serbia turut memakai baju T yang menggambarkan Kosovo sebahagian daripada Serbia.
Penyokong ultra PSG antara paling vokal di dunia dan pada awal musim panas ini mereka memberitahu Lucas Hernandez bahawa pemain itu tidak dialu-alukan di Parc des Princes menjelang perpindahannya dari Bayern Munich.
Penyokong tidak senang kaitannya dengan musuh tradisi Marseille, bandar kelahirannya ketika ayahnya Jean-Francois beraksi di situ.
Penyokong PSG turut tidak puas hati dengan cara Hernandez meraikan kemenangan selepas Bayern menewaskan mereka untuk menjuarai Liga Juara-Juara 2020.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... kerat-jari-vlahovic |
|
|
|
|
|
|
| |
|