View: 364|Reply: 1
|
Polis siasat dakwaan aktivis pelarian Myanmar, keluarganya diculik
[Copy link]
|
|
MICK Schumacher menggayakan pakaian dan topi keledar milik bapanya, Michael Schumacher. FOTO Agensi
London: Mick Schumacher memberi penghormatan buat bapanya yang juga bekas pelumba Formula Satu (F1) dunia, Michael Schumacher apabila menggunakan pakaian dan topi kaledar milik asal bapanya itu di Festival Of Speed Goodwood, semalam.
Pelumba berusia 24 tahun itu sedang mempersiapkan diri untuk mengikut jejak langkah bapanya yang dianggap legenda dalam dunia F1.
Dia yang menyertai pasukan Mercedes sebagai pemandu simpanan musim ini diberi keistimewaan untuk memandu di acara tahunan ikonik itu.
Lantas, Mick Schumacher memilih untuk menyarung pakaian bapanya sekali gus ia menarik perhatian peminat F1 seluruh dunia.
Kehebatan bapanya masih diingati dan dianggap salah seorang pemandu F1 terhebat pernah memenangi tujuh kejuaraan dunia, satu pencapaian yang hanya mampu ditandingi pelumba sensasi zaman ini, Lewis Hamilton.
Sejak kemunculan Mick Schumacher di pentas perlumbaan F1, ramai yang cuba membandingkan dirinya dengan bapanya.
Teknik pemanduannya tidak ubah seperti Schumacher dengan dia cukup dominan dalam saingan F3 hingga dinobatkan juara pada 2018 dengan meraih tujuh kemenangan termasuk lima kali berturut-turut pada musim itu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... dan-topi-legenda-f1 |
|
|
|
|
|
|
|
mick schumacher ke pelarian yang diculik? |
|
|
|
|
|
|
| |
|