CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 198|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pemimpin 'mulut celupar' perlu sedia terima akibat - Saifuddin

[Copy link]
Post time 14-7-2023 11:13 PM | Show all posts |Read mode
Pemimpin 'mulut celupar' perlu sedia terima akibat - Saifuddin


Oleh Audrey Dermawan - Julai 14, 2023 @ 11:08pm [email protected]




Saifuddin ketika ditemui media selepas Majlis Penyerahan Zakat Wakalah di IPK Pulau Pinang, malam ini. - NSTP/MIKAIL ONG




GEORGE TOWN: Mana-mana pemimpin 'mulut celupar' terutama yang sentiasa menyentuh isu 3R merujuk kaum, agama dan institusi raja perlu bersedia untuk menghadapi akibatnya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata walaupun diberi amaran berulang kali, masih ada pemimpin mulut celupar di luar sana yang terus-menerus mencabar dan membangkitkan isu 3R.

Beliau berkat demikian merujuk Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, sambil menegaskan bahawa Menteri Besar Kedah itu sudah melepasi garis merah dalam isu 3R.

"Dia sudah tersasar jauh. Dia bukan sahaja menghina Sultan Selangor malah lawan politiknya juga. Bagaimana seorang pemimpin Islam yang mempertahankan Al-Quran boleh tersasar begitu jauh?

"Ia semakin berbahaya dan majoriti rakyat semakin resah. Raja-raja Melayu pun menyuarakan rasa terkilan dengan tindakan sebegitu.

"Oleh itu, tindakan tegas perlu diambil atau pemimpin sebegitu tidak akan sesekali menghormati institusi diraja.

"Saya serahkan kepada kebijaksanaan Tan Sri Razarudin Husain (Ketua Polis Negara)dan pasukannya untuk bertindak sewajarnya. Di peringkat kementerian, kami akan sentiasa memberikan sokongan," katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Zakat Wakalah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini malam ini.

Majlis itu turut dihadiri Razarudin.

Dalam pada itu Saifuddin berkata, sehingga kini hanya Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin sahaja yang tampil memberi peringatan kepada Muhammad Sanusi supaya mengelak daripada berbuat demikian.

"Bagaimanapun, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, berdiam diri berhubung perkara itu. Adakah ini bermakna beliau bersetuju dengan Sanusi? Jika tidak, mengapa beliau tidak menegurnya?

"Tiada agama yang membenarkan penganutnya mempersendakan dan menghina orang lain," tambahnya.

Saifuddin berkata, sehingga kini polis menerima hampir 30 laporan di seluruh negara terhadap Muhammad Sanusi kerana didakwa menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Terdahulu dalam ucapannya, Saifuddin berkata terdapat keperluan untuk semua orang kembali kepada Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan.

"Kita perlukan keamanan dan kestabilan supaya kita boleh menguruskan ekonomi negara dengan lebih baik bagi membolehkan kita membantu golongan yang kurang bernasib baik di negara kita.

"Kita tidak mampu melihat negara kita berada dalam keadaan tidak stabil akibat perbezaan kaum dan agama.

"Terdapat undang-undang di negara ini dan semua orang perlu mematuhinya," tambahnya.

Sementara itu, Saifuddin berkata, mulai hari ini, beliau akan mendedahkan satu persatu kelemahan dan kepincangan dalam pentadbiran Kedah.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 03:04 PM GMT+8 , Processed in 0.430081 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list