View: 149|Reply: 0
|
Fifa sekat kelab Ronaldo
[Copy link]
|
|
RONALDO tidak dapat gandingan baharu.
London: Harapan Cristiano Ronaldo untuk memenangi trofi tampak samar selepas kelabnya Al-Nassr diharamkan daripada mendaftarkan pemain baharu.
Fifa mengenakan hukuman ke atas kelab Arab Saudi itu susulan masih ada hutang yang belum diselesaikan membabitkan perpindahan pemain itu pada 2018.
Al-Nassr menandatangani Ahmed Musa dari Leicester dengan perjanjian bernilai £15.4 juta (RM92.42 juta) selain bonus prestasi £1.7 juta (RM10.20 juta).
Musa beraksi 60 perlawanan untuk Al Nassr dan menjuarai liga sebelum dilepaskan sebagai ejen bebas dua tahun kemudian.
The Foxes mendakwa mereka tidak menerima bayaran tambahan £390,000 (RM2.34 juta) seperti yang dipersetujui selepas Musa tampil 40 perlawanan dan membantu Al Nassr menduduki tiga teratas di Arab Saudi.
Kes itu dibawa ke Mahkamah Arbitrasi Sukan yang memihak Leicester dan kini Fifa terpaksa campur tangan selepas Al Nassr berdegil enggan membayar hutang itu.
Peraturan Fifa melarang Al-Nassr daripada mendaftarkan pemain baharu sekali gus kelab itu tidak boleh menandatangani mana-mana pemain bertaraf bintang untuk digandingkan dengan Ronaldo.
Hukuman itu akan hanya ditarik balik jika Al-Nassr membayar £390,000 kepada Leicester.
Al-Nassr antara kelab yang mendapat sokongan kerajaan Saudi yang membolehkan mereka menarik minat Ronaldo, 38, selepas dia keluar dari Old Trafford musim lalu.
Mereka hampir mendapatkan Hakim Ziyech awal bulan ini tetapi terpaksa melupakannya pada saat akhir selepas pemain itu gagal ujian perubatan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... sekat-kelab-ronaldo |
|
|
|
|
|
|
| |
|