CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 206|Reply: 0

[Perlis] Penduduk terpaksa hidu bau busuk Sungai Kubang Tiga

[Copy link]
Post time 11-7-2023 12:58 PM | Show all posts |Read mode

Penduduk kampung melihat salah satu saliran pertanian yang biasanya jernih bertukar menjadi hitam dan berbau busuk di Kampung Kubang Tiga, Padang Besar semalam.

PADANG BESAR – Lebih 800 penduduk Kampung Kubang Tiga, di sini mendakwa kehidupan mereka terjejas selepas Sungai Kubang Tiga dan saliran lain yang bersambung dengannya tercemar sejak Disember tahun lalu.

Tinjauan di lokasi tersebut mendapati air sungai dan saliran di situ termasuk yang digunakan untuk tujuan pertanian berwarna coklat kehitaman, berbuih dan berbau busuk.

Terdapat juga beberapa ­spesies ikan air tawar seperti ikan putih dan ikan duri yang hidup liar mati dan menghasilkan bau busuk sepanjang lebih lima kilometer menyusuri sistem saliran di situ.

Penduduk, Adam Eden Nuan, 60, berkata, aliran air pada sistem perparitan di hadapan rumahnya sebelum ini jernih, namun bertukar warna menjadi kehitaman-hitaman serta berbau busuk sejak hujung tahun lalu.

“Keadaan itu menyebabkan pelbagai jenis ikan darat seperti haruan dan sepat mati dipercayai akibat pencemaran tersebut,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Katanya, situasi itu juga menyebabkan sumber makanan penduduk setempat yang sering menangkap ikan di sungai dan parit-parit kecil di kawasan itu terjejas.

Seorang lagi penduduk, Mohd. Saad Razak, 60, yang tinggal di Lorong Bukit Kerengga, di sini berkata, punca kejadian masih misteri kerana terdapat aliran air jernih di hulu sungai, namun bertukar kehitaman-hitaman di sebuah kebun kelapa sawit.

“Orang kampung cuba mencari punca menyebabkan aliran air sungai bertukar hitam tetapi masih buntu dan tidak menemui jawapan yang pasti.

“Kami juga bimbang sekiranya terdapat kobocoran mahupun limpahan air takungan dari tapak pelupusan sampah terletak berdekatan kampung. Mungkin ia menyerap ke bawah tanah lalu mengalir ke sungai atau apa-apa kemungkinan lain menyebabkan pencemaran ini,” ujarnya.

Menurutnya, kesan air yang berbau busuk dan kehitaman-hitaman itu menyebabkan kegatalan pada kulit dan dia tidak lagi menggunakan air perigi untuk minum atau mandi kerana bimbang memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Dalam pada itu, pemimpin tempatan kawasan Kubang Tiga, Chong Plotphai, 38, berkata, beberapa laporan telah dikemukakan kepada Jabatan Alam Sekitar, namun masalah pencemaran itu masih berlaku.
https://www.kosmo.com.my/2023/07 ... sungai-kubang-tiga/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 03:24 PM GMT+8 , Processed in 1.673525 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list