View: 164|Reply: 0
|
Firmino diserbu peminat Al-Ahli
[Copy link]
|
|
Roberto Firmino diserbu peminat yang mahu bergambar dengannya sejurus tiba di Jeddah dengan menaiki kereta. – Foto Twitter
JEDDAH: Roberto Firmino pantas diserbu peminat yang teruja dengan ketibaannya di Arab Saudi.
Firmino mengikat kontrak bersama kelab Saudi, Al-Ahli secara perpindahan percuma selepas kontraknya di kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool berakhir.
Dia salah seorang pemain berprofil tinggi yang berpindah dari Eropah ke Timur Tengah dalam beberapa bulan kebelakangan.
اوقف اللاعب فرمينهو سيارته الخاصه بطلب منه للتصوير مع الجمهور المتواجد للترحيب به ..#الأهلي pic.twitter.com/iERH2VKixe
— وليد سعيد (@Rabanalsafena) July 6, 2023
Pemain berusia 31 tahun itu meninggalkan Liverpool selepas menang lima trofi utama dalam tempoh lapan tahun di kelab itu dan peminat setia Anfield melepaskannya dengan penuh emosi.
Dia akan disertai di Al-Ahli oleh bekas penjaga gol Chelsea, Edouard Mendy, yang berpindah ke kelab Liga Pro Saudi itu bulan lalu.
Roberto Firmino menandatangani kontrak bersama Al-Ahli dalam Liga Pro Saudi hingga 2026. – Foto Al-Ahli Saudi Club
Namun jelas peminat lebih teruja dengan kehadiran Firmino dan mereka menyerbunya sebaik keluar dari kereta di Jeddah.
Ramai mengambil kesempatan bergambar serta berswafoto dengan pemain baharu mereka itu yang kelihatan sering tersenyum, malah seorang peminat dilihat mencium dahinya.
Keterujaan itu difahami memandangkan kedudukan Al-Ahli dan reputasi yang dibawa Firmino.
Dia menjadi pemain kegemaran peminat di Anfield dan menjaringkan 111 gol bersama The Reds, membentuk satu daripada tiga rangkaian serangan terbaik dunia bersama Mohamed Salah dan Sadio Mane.
Pada usia 31 tahun, penyerang itu mungkin tidak berada di kemuncak prestasinya namun dia masih mampu meledak 11 gol dalam 25 aksi EPL pada musim 2022-23.
Roberto Firmino disambut rakan sepasukan setiba di pusat latihan Al-Ahli untuk menjalani sesi latihan pertamanya. – Foto Al-Ahli Saudi Club
Al-Ahli beraksi di divisyen dua musim lalu namun meraih kejayaan kembali ke Liga Pro Saudi yang dipenuhi nama besar termasuk Cristiano Ronaldo yang menyertai Al-Nassr pada Januari lalu.
Legenda Real Madrid, Karim Benzema dan bekas bintang Chelsea, N'Golo Kante menyertai kelab juara Saudi, Al-Ittihad dengan kontrak lumayan bulan lalu, manakala bekas bintang EPL Ruben Neves dan Kalidou Koulibaly mengikat kontrak bersama Al-Hilal.
Bagi Al-Ahli, kehadiran dua pemain berprofil tinggi EPL mungkin menjadi kunci cabaran mereka dalam liga utama bagi musim akan datang.
Pembelian besar dijangka berlaku lagi di kelab itu, ketika The Royals muncul salah satu daripada empat kelab yang diambil alih oleh Dana Pelaburan Awam (PIF) Arab Saudi bulan lalu. – AGENSI
Roberto Firmino diserbu peminat yang mahu bergambar dengannya sejurus tiba di Jeddah dengan menaiki kereta. – Foto Twitter
https://www.bharian.com.my/sukan ... rbu-peminat-al-ahli |
|
|
|
|
|
|
| |
|