View: 149|Reply: 0
|
Presiden Brazil, Da Silva kritik perlantikan Ancelotti
[Copy link]
|
|
PERLANTIKAN Ancelotti sebagai jurulatih Brazil, tidak disenangi Da Silva. -FOTO AFP
Brazil: Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva mengkritik pelantikan Carlo Ancelotti sebagai jurulatih bola sepak Brazil yang baharu dengan mendakwa lebih baik Ancelotti menyelesaikan masalah pasukan kebangsaan Itali.
Ancelotti dari Itali, yang sudahpun berjaya memenangi Liga Juara-Juara dengan rekod empat kali sebagai jurulatih, akan mengambil alih tugas mengendalikan Brazil sebelum Copa America di Amerika Syarikat Jun tahun depan selepas tahun terakhir kontraknya bersama Real Madrid tamat.
"Saya mengagumi Ancelotti, tetapi dia tidak pernah menjadi jurulatih kebangsaan Itali," kata Lula kepada stesen TV SBT pada Khamis.
"Mengapa dia tidak menyelesaikan masalah Itali, yang tidak layak ke Piala Dunia 2022?" tambah lelaki berusia 77 tahun itu.
Sementara itu, jurulatih Fluminense, Fernando Diniz akan bertanggungjawab mengendalikan Brazil untuk perlawanan pembukaan kelayakan Piala Dunia 2026 mereka.
"Saya peminat Diniz," kata Lula. "Dia mempunyai personaliti, kreativiti dan dialah yang mengawal bilik persalinan."
Konfederasi Bola Sepak Brazil (CBF) memilih Ancelotti yang berusia 64 tahun kerana percaya bahawa dia adalah salah seorang jurulatih paling berjaya dalam sejarah bola sepak Eropah akan membawa mereka trofi Piala Dunia keenam dan yang pertama sejak 2002.
Keinginan itu menjadi semakin besar selepas melihat pesaing utama mereka, Argentina menang di Qatar Disember lalu.
Brazil tersingkir di suku akhir dan memaksa jurulatih Tite berundur.
"Sangat mudah untuk melatih kelab di Eropah dengan 11 pemain antarabangsa dalam pasukan," kata Lula.
"Apa yang sukar ialah datang ke sini dan melatih Corinthians (yang berada dalam bahaya penyingkiran daripada liga teratas).
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... rlantikan-ancelotti |
|
|
|
|
|
|
| |
|