View: 171|Reply: 0
|
KL City, Terengganu sama liat
[Copy link]
|
|
AKSI pemain KL City ketika menentang Terengganu FC. - FOTO Ihsan KL City
Kuala Lumpur: Kuala Lumpur City FC (KL City) mensia-siakan kelebihan dua gol apabila diikat Terengganu FC 3-3 pada aksi Liga Super malam tadi.
Sebaliknya pujian perlu diberikan kepada skuad Penyu yang tidak mengaku kalah biarpun pada satu ketika ketinggalan dengan jurang dua gol.
Dalam aksi di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur itu, kem tuan rumah dikejutkan dengan gol awal pelawat menerusi rembatan luar kotak penalti oleh Omid Nazari di minit 28.
Walaupun ketinggalan, anak buah Bojan Hodak tenang menyusun kembali rentak dan berjaya menyamakan kedudukan hasil sepakan sudut yang dimanfaatkan sebaiknya Giancarlo Gallifuoco untuk menolak masuk di minit 36.
Lima minit kemudian, skuad The City Boys melebarkan kedudukan menerusi Paulo Josue yang bijak menghidu peluang selepas berlakunya situasi kelam kabut di depan gawang Terengganu.
Romel Morales mengukuhkan kelebihan KL City apabila meledak gol ketiga pada masa kecederaan untuk menamatkan 45 minit babak pertama dengan kelebihan 3-1.
Bersambung babak kedua, skuad kendalian Tomislav Steinbruckner tampil lebih kemas untuk memburu gol.
Kebangkitan dramatik yang diharapkan jelas berlaku dalam tempoh 10 minit apabila Norhakim Hassan meledak gol di minit ke-50 sebelum Ivan Mamut berjaya memadam kelebihan sembilan minit kemudian untuk mengikat tuan rumah 3-3.
Kedua-dua pasukan cuba mencari gol kemenangan namun keputusan seri itu kekal hingga wisel penamat sekali gus, masing-masing membawa pulang satu mata.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... erengganu-sama-liat |
|
|
|
|
|
|
| |
|