|
Satu persatu tabiat buruk didedahkan bekas suami pelakon Indonesia, Nikita Mirzani iaitu Antonio Dedola termasuk mengurung anak kandung mereka, Laura Meizani dalam bilik.
Lebih mengejutkan, Nikita didakwa sering memaksa anaknya supaya menurunkan berat badan dengan hanya memberikan Laura air kosong, lapor Suara.com.
IG
“Kunci dia dalam kamar sekarang dan jangan pernah dibuka. Beri dia air putih sahaja.
“Berat badan Laura perlu 48 kg, kalau tidak aku kunci dia di kamar dan sekarang dia harus bersiaran langsung (jual produk penjagaan kulit). Semak berat badannya sekarang,” tulis Nikita menerusi kiriman WhatsApp kepada suaminya sebelum pasangan itu bercerai.
Dalam masa sama, Laura turut membuat pengakuan ibunya pernah memukulnya jika berat badannya tidak turun dalam Instagram Story, semalam.
“Anda akan memaksa saya membuat penstriman langsung dan turunkan berat badan.
“Anda juga memberi tahu pengasuh supaya mengunci saya di kamar dan menyuruh mereka memukul saya. Anda buat semua ini sebab saya tidak menurunkan berat badan,” luahnya.
Tidak tahan dengan kelakuan buruk ibunya sendiri, Laura melabelkan Nikita sebagai seorang ‘iblis’.
Disebabkan itu, katanya, dia tidak pelik kenapa ramai yang membenci ibunya.
“Saya tahu sekarang anda mempunyai banyak haters. Orang tidak menyukai anda kerana anda tidak menghormati mereka.
“Jadi bagaimana orang menghormati anda?” soalnya.
Sumber: Utusan |
|