CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 255|Reply: 0

[Sarawak] Astana Negeri Sarawak jadi muzium apabila Astana baharu siap: Abdul Karim

[Copy link]
Post time 5-7-2023 01:17 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Bangunan Astana Negeri Sarawak yang berusia lebih 100 tahun di sini akan dijadikan muzium sebaik sahaja bangunan baharu menggantikannya siap dibina kelak.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kerajaan Sarawak sedang merancang untuk membina Astana Negeri Sarawak baharu memandangkan bangunan sedia ada sudah agak lama.

Menurutnya, beliau bersetuju dan menyokong usaha baik itu, malah turut mengakui ada melihat pelan pembinaan bangunan Astana baharu terbabit.

“Sekiranya bangunan Astana lama itu dijadikan muzium, kita boleh mempamerkan artifak yang berkaitan dengan gabenor di dalamnya.

“Saya tahu bahawa mereka banyak menyimpan cenderamata yang diberikan ketika dilantik sebagai gabenor atau Yang di-Pertua Negeri, jadi ia boleh disimpan di galeri di Astana lama apabila kita siap membina Astana baharu nanti,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media berkenaan Majlis Anugerah Seniman Sarawak 2023 di Dewan Mesyuarat Mulu, Bangunan Baitulmakmur 2 di sini, hari ini.
Abdul Karim memaklumkan, reka bentuk dan tapak Astana baharu telah dikenal pasti.

Projek pembinaan bangunan Astana baharu itu katanya, di bawah Pejabat Premier Sarawak.

“Ia bukan di bawah kementerian saya, namun saya percaya semuanya sudah dalam perancangan dan mungkin menunggu lampu hijau untuk bermula,” ujarnya.

Beliau percaya pembinaan Astana baharu itu akan menjadi sebuah bangunan yang sangat baik dengan struktur yang cantik.

“Dan ia pasti akan membanggakan kita,” katanya.

Astana Negeri Sarawak yang kini menjadi kediaman rasmi Yang di-Pertua Negeri dibina oleh Rajah Putih kedua, Charles Brooke pada 1870.

Bangunan itu adalah tapak asal kediaman rasmi sejak James Brooke diangkat sebagai pemerintah Sarawak pada 1841 dan ia juga kini berada dalam keadaan lama.

Menurut laporan berita portal tempatan, bangunan baharu itu akan dibina di atas sebidang tanah antara Jalan Astana Lot dan Taman Botani Sarawak, kemungkinan besar di tapak rumah kelab Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) yang terbiar di Bukit Astana.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 05:26 AM GMT+8 , Processed in 0.044752 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list