View: 147|Reply: 0
|
Gerrard dilantik pengurus Al Ettifaq
[Copy link]
|
|
GERRARD disediakan kewangan berjuta untuk membangunkan pasukan Al Ettifaq yang bakal dilimpahi pemain-pemain bintang pada sainga Liga Pro Arab Saudi nanti.
DAMMAM – Legenda Liverpool, Steven Gerrard membuat ‘pusingan U’ apabila bersetuju untuk menggalas jawatan sebagai ketua jurulatih baharu Al-Ettifaq dalam saingan Liga Pro Arab Saudi.
Antara salah satu sebab pengendali berusia 43 tahun itu mengubah keputusannya selepas dijanjikan duit berjuta untuk membentuk sebuah pasukan lengkap dengan pemain-pemain berstatus elit.
Presiden Al-Ettifaq, Khalid Al-Dabal gembira Gerrard akhirnya bersetuju untuk menandatangani kontrak dua tahun dalam misi menempa kejayaan gemilang bersama pasukannya selepas ini.
“Beliau tidak asing dengan kejayaan. Seorang legenda dengan sejarah hebat dan bersedia membawa masa depan yang cerah buat Ettifaq.
“Tanpa diragui kehadiran Gerrard akan memberikan kekuatan tambahan, sekali gus meningkatkan martabat liga kami ini,” katanya.
Kini, Gerrard dikatakan bersedia memujuk kapten Liverpool, Jordan Henderson; penyerang Chelsea, Pierre-Emerick Aubameyang dan bintang Crystal Palace, Wilfried Zaha berhijrah menyertai Al-Ettifaq.
Bekas pengurus Aston Villa dan Rangers itu percaya kehadiran dua bintang Liga Perdana Inggeris (EPL) berkenaan mampu memastikan Al-Ettifaq mencabar kuasa-kuasa besar seperti Al-Ittihad, Al-Hilal dan Al-Nassr.
Sebagai rekod, Al-Ettifaq menamatkan liga di tangga ketujuh musim lalu, 35 mata di belakang juara, Al-Ittihad yang dilatih bekas pengurus Wolverhampton Wanderers dan Tottenham Hotspur, Nuno Espirito Santo.
– AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/07 ... engurus-al-ettifaq/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|