View: 148|Reply: 0
|
Menang tapi Cheng Hoe tak puas hati
[Copy link]
|
|
SUASANA cemas di depan gawang Kucing City FC ketika diasak pemain Gergasi Merah.
Kuala Lumpur: Pengendali Selangor FC Tan Cheng Hoe tidak berpuas hati dengan prestasi pasukan walaupun mencatat kemenangan 2-1 bertemu Kuching FC pada perlawanan Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) semalam.
Ini kerana barisan anak buahnya secara tiba-tiba 'hilang arah' selepas mendahului perlawanan hingga memberi ruang dan peluang kepada lawan untuk menjaringkan gol.
Cheng Hoe berkata, situasi terbabit perlu ditangani segera terutamanya ketika saingan Liga Super memasuki 'babak kedua' berikutan pasukan lain sudah pasti tampil lebih kuat menerusi pembelian pemain baharu.
"Kita tahu cabaran pusingan kedua bukan mudah kalau lihat rata-rata pasukan Liga Super ambil pemain baharu membabitkan tonggak import dan tempatan.
"Oleh itu, kita perlu fokus pada latihan dan perbaiki kerana sudah pastinya jika tersilap langkah akan menyebabkan kedudukan Selangor FC tergugat.
"Saya tidak berpuas hati dengan keseluruhan permainan yang ditampilkan pemain kerana mereka sering hilang bola apabila mendahului perlawanan sekali gus perlu melihat perkara itu untuk diperbaiki," katanya.
Pada perlawanan semalam menyaksikan Selangor FC merakam kemenangan ke-11 dalam saingan Liga Super musim ini apabila menundukkan Kuching City FC dengan 2-1.
Kejayaan mengutip tiga mata penuh itu turut membolehkan skuad kendalian Tan Cheng Hoe terus kekal berada di tangga kedua liga dengan mengumpul 34 mata daripada 15 aksi setakat ini.
Gol tuan rumah dijaringkan tonggak Red Giants, Ayron Del Valle dan Yohandry Orozco manakala Amir Amri Salleh mencetak gol di minit 89 untuk Kuching FC.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... g-hoe-tak-puas-hati |
|
|
|
|
|
|
| |
|