View: 330|Reply: 0
|
Ingin Bersaing Dengan Penyanyi Lebih Muda, Usia Buat Madonna 'Insecure' Sampai Jatuh Sakit
[Copy link]
|
|
Penyanyi terkenal Madonna yang membatalkan konsert jelajah akibat dimasukkan ke ICU susulan mengalami jangkitan bakteria serius, dikatakan jatuh sakit kerana perasaan kurang yakin pada diri sendiri selain ingin bersaing dengan bintang lebih muda.
Mirror UK melaporkan, rakan-rakan terdekatnya mendedahkan jadual Madonna menjelang konsert jelajahnya sangat padat selain penyanyi berusia 64 tahun itu obses terhadap rutin senaman.
IG
Mereka juga sering menasihatinya agar tidak terlalu obses untuk bersaing dengan penyanyi muda kerana sudah tiada apa yang perlu dibuktikan pada tahap ini.
"Ramai di antara kami merasakan usia membuatkan Madonna berasa tertekan dan semangat untuk bersaing sangat menebal dalam dirinya.
"Kami sangat risau tentang kesihatannya dan bimbang jika sesuatu buruk berlaku kepadanya seperti sebelum ini," kata sumber terdekat penyanyi lagu Vogue itu.
Pada 24 Jun lalu, Madonna mengalami jangkitan bakteria serius sehingga dia terpaksa dimasukkan ke ICU susulan keadaannya yang teruk dan perlukan pemerhatian pakar.
Madonna yang sudah dibenarkan pulang dilaporkan mahu meneruskan konsert jelajahnya meskipun sebelum ini ia sudah pun ditangguhkan penganjur.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
| |
|