CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 138|Reply: 0

Mbappe dilabel 'hamba wang'

[Copy link]
Post time 3-7-2023 11:27 AM | Show all posts |Read mode

Kylian Mbappe dilaporkan meminta pakej bernilai 206 juta pound (RM1.22 bilion) untuk menyertai mana-mana kelab pada musim panas ini. - Foto AGENSI

PARIS: Kylian Mbappe dilaporkan meminta pakej bernilai 206 juta pound (RM1.22 bilion) untuk menyertai mana-mana kelab pada musim panas ini.

Penyerang Paris Saint-Germain dan Perancis itu ketika ini sedang bercuti selepas musim yang memberangsangkan bersama kelab dan negara.

Mbappe meledak 41 gol dalam 43 perlawanan untuk PSG, dan 13 gol untuk Les Bleus sepanjang 12 bulan lalu - termasuk memenangi Kasut Emas di Piala Dunia Qatar.

Bagaimanapun masa depannya bersama kelab Paris itu masih samar selepas dia mengesahkan hasratnya untuk meninggalkan kelab sebaik kontraknya tamat pada Jun 2024.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan sebelum ini, penyerang itu berkata kegagalan PSG di pentas Eropah dan pemergian juara Piala Dunia, Lionel Messi, mempengaruhi keputusannya untuk tidak memperbaharui kontrak.

Dia dikaitkan dengan beberapa kelab termasuk Real Madrid - yang dikecewakan Mbappe pada saat akhir dengan memperbaharui kontrak di PSG pada musim panas lalu.

Bintang Perancis itu, yang diwakili ibunya sendiri, Fayza Lamari - mahukan pakej bernilai 206 juta pound (RM1.22 bilion) untuk mana-mana kelab menandatanganinya.

Real Madrid dilaporkan tidak akan meneruskan hasrat mereka untuk menandatangani Mbappe yang dianggap sebagai 'hamba wang'. Sebaliknya mereka akan menunggu sehingga kontraknya tamat dan mendapatkannya sebagai ejen bebas. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... -dilabel-hamba-wang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 04:22 AM GMT+8 , Processed in 0.321860 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list