View: 136|Reply: 0
|
Terengganu pincang berdepan Kedah
[Copy link]
|
|
MAMUT tidak dapat diturunkan berdepan Kedah FC selepas digantung perlawanan. FOTO GHAZALI KORI
Kuala Terengganu: Terengganu FC (TFC) tempang berdepan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada aksi ke-15 Liga Super selepas tidak dapat menurunkan empat importnya pada aksi yang bakal berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, malam esok.
Empat pemain penting berkenaan termasuk dua 'kereta kebalnya', Sardor Kulmatov dan Argzim Redzovic serta dua penyerangnya, Ivan Mamut dan Jordan Mintah.
Bagaimanapun pengendali skuad itu, Tomislav Steinbruckner menjelaskan, beliau mempunyai perancangannya yang tersendiri untuk menghadapi cabaran skuad Sang Kenari itu lebih-lebih lagi skuadnya bagaikan 'harimau terluka' selepas tumpas kepada Kuala Lumpur City FC (KL City FC) pada aksi separuh akhir Piala FA minggu lalu.
Jelas jurulatih kelahiran Croatia itu, Kulmatov yang sebelum ini beraksi cemerlang di posisi bek tengah bergandingan dengan Shahrul Nizam Ros Hasni masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan lutut yang dialaminya.
Katanya, Mamut dan Redzovic pula digantung satu perlawanan susulan kad merah terima ketika berdepan dengan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi ke-14 liga sebelum ini manakala Mintah pula direhatkan selepas masalah disiplin.
"Berdepan dengan Kedah FC, kami ada sedikit masalah kerana ada beberapa pemain yang tidak dapat beraksi kerana menerima kad merah iaitu Mamut dan Redzovic manakala Kulmatov masih belum cergas sepenuhnya walaupun sudah menjalani latihan.
"Mintah pula saya ketepikan daripada skuad utama, dia akan beraksi dengan pasukan Terengganu FC II (TFC II), kerana ada masalah disiplin, saya tidak mahu bekerjasama dengan pemain yang tidak percaya dengan saya," kata jurulatih yang lebih mesra dipanggil 'Tommy' itu ketika ditemui sebelum sesi latihan di Pusat Latihan TFC di Gong Badak, petang semalam.
Ketika ditanya mengenai pemain yang bakal memikul tanggungjawab yang ditinggalkan empat tonggak import itu, beliau menjelaskan sudah ada bayangan pemain yang bakal disenaraikan.
"Saya akan putuskan petang esok (hari ini) siapa yang bakal disenaraikan dalam kesebelasan utama, kita ada penyerang Thailand, Adisak Kraisorn, Safwan Mazlan di bahagian pertahanan selain beberapa pemain bawah 23 tahun yang dipanggil.
"Jadi saya harapkan pemain yang disenaraikan nanti perlu pamerkan kualiti sebenar dengan beraksi bersungguh-sungguh apabila diberi peluang selain berdisiplin, pada masa sama mengharapkan sokongan padu daripada peminat setia TFC," katanya yang mahu membalas kekalahan 1-0 pada aksi pusingan pertama kepada skuad kendalian Nafuzi Zain itu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... cang-berdepan-kedah |
|
|
|
|
|
|
| |
|