|
Vingegaard sedia pertahankan gelaran
VINGEGAARD sedar bakal jadi buruan di TdF 2023. FOTO AFP
Bilbao: Kehangatan perlumbaan Tour de France (TdF) apabila kereta dan bas pasukan, media, publisiti serta pasukan keselamatan dapat dilihat di sekitar Bilbao tatkala penyandang juara, Jonas Vingegaard mempersiapkan diri untuk mempertahankan mahkotanya.
Sebanyak 22 pasukan menerima sambutan yang meriah ketika perarakan di pusat bandar Bilbao.
"Saya berada dalam keadaan baik, sudah bersedia dan di tahap yang saya mahukan," kata Vingegaard yang mewakili pasukan Jumbo-Visma.
Vingegaard berkata dia bersedia berentap dengan juara dua kali, Tadej Pogacar dan mentertawakan pandangan bahawa pelumba Slovenia itu diganggu kecederaan pergelangan tangan yang dialami April lalu.
"Saya menjangkakan (dia) akan memulakan serangan dari peringkat pertama, sama seperti yang dia lakukan tahun lalu, dan saya akan berada di sana untuk mengekorinya," kata pelumba Denmark itu.
"Sebagai penyandang juara, anda boleh mengatakan saya adalah pelumba yang diburu, tetapi percayalah saya akan juga akan melakukan pemburuan."
Edisi ke-110 menyaksikan perlumbaan akan berlangsung selama tiga hari di Wilayah Basque itu, di mana berbasikal sangat popular dan laluan perlumbaan sepatutnya menyediakan permulaan yang mendebarkan.
Peringkat pertama menyaksikan laluan yang beralun sejauh 182 kilometer bermula dan berakhir di Bilbao.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... pertahankan-gelaran
|
|