CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 232|Reply: 0

Litar basah, hujan lebat cabaran saingan MCS

[Copy link]
Post time 25-6-2023 12:10 PM | Show all posts |Read mode

IMRAN Wafi (kanan) dan Lee Kum Soon ungguli kategori Touring Production (TP). FOTO Sepang Circuit

Sepang: Barisan pemandu berdepan cabaran hebat untuk menamatkan perlumbaan dalam keadaan basah berikutan hujan lebat pada Pusingan Kedua Siri Kejuaraan Malaysia (MCS) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini.

Perlumbaan yang menyaksikan banyak insiden kemalangan itu menyebabkan bendera merah dikibarkan sebelum perlumbaan bersambung semula.

Cuaca yang tidak pernah berlaku sebelum ini menyukarkan pemandu untuk mengekalkan kawalan dan cengkaman, mengakibatkan 12 kereta gagal menamatkan perlumbaan.

Imran Wafi dan pasangannya, Lee Kum Soon yang memandu Honda FD2R, adalah satu-satunya pasukan dalam kategori Touring Production (TP) dapat menamatkan perlumbaan apabila mencatatkan masa 2 jam, 52 minit dan 30 saat.

"Agak mengejutkan kerana kami menang walaupun memandu agak santai. Perlumbaan ini menyeronokkan, dan kami bertuah. Ini adalah perlumbaan dalam litar basah pertama untuk kami di TP, dan kami akan memberikan yang terbaik pada perlumbaan esok," katanya.

Dalam kategori Malaysian Touring Car (MTC), Haydan Haikal dari Wing Hin Motorsports muncul selaku pemenang manakala pasukan Hirev Dream Chaser meraih tempat kedua dan ketiga.

Mitchell Cheah dan pasangannya, Rahul Mayer, menamatkan perlumbaan 23 saat di belakang pendahulu di tempat kedua manakala Lee Wai Cong dan pasangannya, Bradley Benedict Anthony mendapat tempat ketiga.

Pasukan R Engineering meraih kemenangan dalam kategori Stock Production 1 (SP1) selepas mendominasi tempat pertama, kedua dan ketiga.

Farriz Fauzy mendapat tempat pertama, diikuti oleh Jesmond Tan selaku naib juara manakala Aiman ​​Sadat, pendatang baru dari Bangladesh, melakar kejutan apabila mendapat tempat ketiga pada perlumbaan pertamanya

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... cabaran-saingan-mcs
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:05 PM GMT+8 , Processed in 0.139987 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list