|
DAMOK tidak sertai GP Itali dan Jerman susulan masalah kecederaan.
Kuala Lumpur: Pelumba Moto3 negara, Syarifuddin Azman disahkan pulih dan berada dalam keadaan cergas untuk beraksi di Grand Prix (GP) Belanda, bermula hari ini hingga Ahad.
Menerusi kenyataan media, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) memaklumkan pelumba berkenaan cergas untuk beraksi pada pusingan kelapan Kejohanan Motosikal Dunia (MotoGP) itu.
"Setelah menjalani pemeriksaan di 'pusat perubatan', Damok disahkan cergas untuk berlumba di #DutchGP (GP Belanda)," katanya.
Mengikut rekod, Syarifuddin atau lebih dikenali sebagai Damok terpaksa melupakan hasrat untuk beraksi pada GP Itali dan Jerman selepas terbabit dalam kemalangan semasa sesi latihan bebas kedua di Litar Antarabangsa Mugello, baru-baru ini.
Damok disahkan mengalami retak rusuk kiri selepas terbabas dan melambung ke udara ketika sesi latihan itu.
Pada GP Itali, tempat Damok digantikan seorang lagi pelumba negara, Danial Syahmi Ahmad Shahril yang menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-26.
Setakat ini, Damok sudah mengumpul lima mata untuk berada di kedudukan ke-24 selepas meraih penamat ke-11 di GP Argentina, awal April lalu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... s-hadapi-gp-belanda |
|