View: 125|Reply: 0
|
Napoli sedia lepaskan Osimhen
[Copy link]
|
|
OSIMHEN yang membantu Napoli memenangi gelaran Serie A menjadi buruan banyak kelab-kelab gergasi Eropah ketika ini. - AFP
NAPLES – Presiden Napoli, Aurelio de Laurentiis sedia mempertimbangkan tawaran yang sukar ditolak buat Victor Osimhen meskipun juara Serie A itu tetap berharap dapat melanjutkan kontrak penyerang tersebut.
Osimhen, 24, meledak 31 gol daripada 39 perlawanan sepanjang musim ini bersama Napoli menyaksikan namanya berada dalam radar gergasi-gergasi Eropah termasuk Manchester United dan Chelsea.
Pengurus United, Erik Ten Hag lebih awal menyenaraikannya antara calon pilihan bagi menyelesaikan krisis jentera serangan pasukan itu sementara Chelsea juga berminat membawanya ke Stamford Bridge.
Juara Bundesliga, Bayern Munich turut menyatakan minat tetapi ketua jurulatih baharu Napoli, Rudi Garcia yang menggantikan tempat Luciano Spalletti, pastinya tidak rela kehilangan khidmat Osimhen.
Bagaimanapun, De Laurentiis mempunyai perancangan berbeza kerana beliau merasakan Napoli tidak boleh melepaskan peluang jika menerima tawaran mewah buat Osimhen yang kini dianggarkan bernilai £130 juta (RM771.87 juta).
“Kami sudah berbincang dengan Osimhen sebelum majlis sambutan Scudetto lagi. Kami sebenarnya sudah bersetuju dengan kontrak lanjutan selama dua tahun.
“Malah, sudah beberapa kali saya beritahu Osimhen akan kekal tetapi jika terima tawaran yang sukar ditolak, maka kami akan mempertimbangkannya kerana ia juga demi kebaikan Napoli,’ katanya.
Jika gagal mendapatkan Osimhen, The Red Devils berpeluang menandatangani khidmat penyerang Atalanta, Rasmus Hojlund yang memiliki tanda harga lebih murah berbanding kapten Tottenham Hotspur, Harry Kane.
The Blues pula berharap Osimhen sudi menyertai mereka walaupun tidak beraksi dalam Liga Juara-Juara musim depan yang menyebabkan ramai pemainnya bakal berhijrah ke Arab Saudi seperti N’Golo Kante, Hakim Ziyech, Kalidou Koulibaly dan Edouard Mendy. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/06 ... a-lepaskan-osimhen/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|