View: 149|Reply: 0
|
Diaz bantu Colombia benam Jerman
[Copy link]
|
|
DIAZ (kanan) menanduk masuk gol pertama Colombia.
Gelsenkirchen, Jerman: Dua jaringan daripada Luis Diaz dan Juan Cuadrado pada separuh masa kedua membantu Colombia menewaskan Jerman 2-0 dalam aksi persahabatan awal pagi tadi.
Penyerang Liverpool, Diaz melompat tinggi untuk menanduk masuk hantaran Cuadrado sebelum pemain sayap Juventus itu menjaringkan penalti lewat permainan selepas bola terkena tangan kapten Jerman Joshua Kimmich.
Kemenangan itu yang pertama buat Colombia ke atas Jerman yang menyaksikan juara dunia empat kali itu hanya menang sekali daripada lima perlawanan sejak tersingkir di peringkat kumpulan pada Piala Dunia di Qatar Disember lalu.
Jerman yang layak ke Euro tahun depan sebagai tuan rumah tampil hambar di Gelsenkirchen sekali gus menambah tekanan ke atas Flick yang skuadnya tidak beraksi sehingga September.
"Saya sangat kecewa untuk penonton," kata Flick. "Kami mahu mencuba sesuatu tetapi tidak berhasil. Namun saya akan pastikan menjelang September masalah akan dapat diatasi dan peroleh keputusan yang diinginkan."
Jerman bakal beraksi dua perlawanan persahabatan di tempat sendiri menentang Jepun dan naib juara Piala Dunia Perancis pada September.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... lombia-benam-jerman |
|
|
|
|
|
|
| |
|