CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 193|Reply: 1

Malaysia pesta gol belasah Papua 10-0

[Copy link]
Post time 21-6-2023 10:44 AM | Show all posts |Read mode
Malaysia pesta gol belasah Papua 10-0



Pemain-pemain Malaysia meraikan jaringan pada perlawanan persahabatan menentang Papua New Guinea di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak. - Foto NSTP/Ghazali Kori


KUALA TERENGGANU: Paulo Josue dan Arif Aiman Hanapi meledak hatrik ketika membantu Malaysia menewaskan Papua New Guinea 10-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu sebentar tadi.

Kemasukan Arif Aiman dan Faisal Halim di babak kedua jelas mengubah ketajaman Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon apabila sembilan gol dijaringkan dalam tempoh 45 minit.


Pemain Malaysia, Arif Aiman Hanapi dan Faisal Halim (kiri) meraikan jaringan gol pada perlawanan persahabatan menentang Papua New Guinea di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak. - Foto NSTP/Ghazali Kori


Malaysia bermula baik dengan deretan percubaan dilakukan sebaik sepak mula, namun ketangkasan penjaga gol Papua New Guinea, Ronald Warisan, memastikan kedudukan seimbang menghampiri waktu rehat.


Bagaimanapun, gerakan Akhyar Rashid di akhir babak pertama menjelmakan sepakan penalti apabila dia dikasari pertahanan Papua.

Safawi Rasid menyempurnakan sepakan untuk Malaysia mendahului 1-0.

Bermula babak kedua, kemasukan Faisal dan Arif Aiman jelas mengubah rentak permainan anak buah Pan Gon apabila tiga gol dijaringkan kedua-dua pemain berkenaan dalam tempoh tiga minit selepas Josue menambah jaringan pada minit ke-52.



Penyokong skuad Harimau Malaya meraikan kejayaan pasukan mereka membenam pasukan Papua New Guinea 10-0 pada perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 2023 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak. - Foto BERNAMA


Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon (empat dari kiri) mengucapkan tahniah kepada pemainnya selepas tamat perlawanan. - Foto BERNAMA


Josue menambah jaringannya pada minit ke-64 sebelum melengkapkan hatrik pada minit ke-70 hasil gerakan Arif Aiman.

Daniel Ting turut menemui sasaran sebelum Arif Aiman melengkapkan hatriknya pada minit ke-87 dan meledak gol keempatnya dua minit kemudian.

Kejayaan itu menyaksikan pasukan negara merakam kemenangan keempat ke atas Papua New Guinea dalam keseluruhan lima pertemuan, selain meraih kemenangan keempat berturut-turut dalam aksi persahabatan sejak Mac lalu.

Ia juga kemenangan terbesar dicatat Malaysia sejak menewaskan Bhutan 7-0 pada aksi persahabatan pada April 2018.

Sebagai rekod, hanya lima pemain iaitu Shahrul Mohd Saad, Stuart Wilkin, Josue, Corbin-Ong dan Endrick Dos Santos dikekalkan Pan Gon daripada skuad yang menewaskan Kepulauan Solomon 4-1 pada satu lagi aksi persahabatan di sini, Rabu lalu.

Sementara itu, penjaga gol Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman membuat penampilan sulung bersama skuad kebangsaan.


Arif Aiman Mohd Hanapi (kanan) berjaya meledak gol menewaskan penjaga gol Papua New Guinea, Ronald Warisan. - Foto BERNAMA


Pemain Malaysia meraikan kejayaan mnenewaskan Papua New Guinea. - Foto BERNAMA


Penyokong Ultras Malaya bersorak dan menyanyi di perkarangan stadium pada perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Papua New Guinea di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. - NSTP/Ghazali Kori


Mohd Akhyar Rashid (kiri) diasak pemain Papua New Guinea, Ferdahlas Namuesh. - NSTP/Ghazali Kori


Penjaring:

Muhammad Safawi Rasid (penalti 45 + 4 min), Paulo Josue (52", 64", 70"), Arif Aiman Mohd Hanapi (57", 60", 87", 89"), Mohamad Faisal Abdul Halim (59"), Daniel Ting (76").

SENARAI PEMAIN:

MALAYSIA: Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, Shahrul Mohd Saad (Kapten), Dominic Tan (Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi), Stuart Wilkin, Nooa Laine, Muhammad Safawi Rasid (Arif Aiman Mohd Hanapi), Paulo Josue (Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi), Muhammad Akhyar Abdul Rashid (Mohamad Faisal Abdul Halim), Corbin Ong (Daniel Ting), Muhammad Azam Azmi Murad, Endrik Dos Santos (Junior Eldstal).

PAPUA NEW GUINEA: Ronald Warisan, Daniel Joe, Ati Kepo (Rex Naime), Raymond Gunemba (Kapten) (Joel Iha), Emmanuel Simon, Solomon Rani, Kolu Kepo, Yagi Yasasa (Oberth Simon), Pala Paul (Lee Navu Faunt), Ferdahlas Namuesh, Joshua Talau (Godfrey Haro).


Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... -belasah-papua-10-0

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-6-2023 10:46 AM | Show all posts
Penjaring:

Muhammad Safawi Rasid (penalti 45 + 4 min), Paulo Josue (52", 64", 70"), Arif Aiman Mohd Hanapi (57", 60", 87", 89"), Mohamad Faisal Abdul Halim (59"), Daniel Ting (76").

SENARAI PEMAIN:

MALAYSIA: Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, Shahrul Mohd Saad (Kapten), Dominic Tan (Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi), Stuart Wilkin, Nooa Laine, Muhammad Safawi Rasid (Arif Aiman Mohd Hanapi), Paulo Josue (Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi), Muhammad Akhyar Abdul Rashid (Mohamad Faisal Abdul Halim), Corbin Ong (Daniel Ting), Muhammad Azam Azmi Murad, Endrik Dos Santos (Junior Eldstal).

PAPUA NEW GUINEA: Ronald Warisan, Daniel Joe, Ati Kepo (Rex Naime), Raymond Gunemba (Kapten) (Joel Iha), Emmanuel Simon, Solomon Rani, Kolu Kepo, Yagi Yasasa (Oberth Simon), Pala Paul (Lee Navu Faunt), Ferdahlas Namuesh, Joshua Talau (Godfrey Haro).


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 04:21 AM GMT+8 , Processed in 0.475785 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list