View: 150|Reply: 0
|
Ronaldo sumbat gol lewat Portugal pada aksi ke-200
[Copy link]
|
|
Ronaldo sumbat gol lewat Portugal pada aksi ke-200
Penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo menjaringkan gol kemenangan 1-0 melepasi penjaga gol Iceland, Runar Runarsson pada aksi kelayakan Euro 2024 di Reykjavik awal pagi tadi. – Foto AFP
REYKJAVIK: Cristiano Ronaldo menjaringkan gol kemenangan lewat perlawanan pada penampilan antarabangsa ke-200 sekali gus membantu Portugal menewaskan Iceland 1-0 awal pagi tadi untuk mengekalkan rekod sempurna mereka pada kelayakan Euro 2024.
Penyerang berusia 38 tahun itu merembat masuk dari jarak dekat pada minit ke-89 bagi gol antarabangsa ke-123 buatnya pada malam yang turut melebarkan rekod penampilan antarabangsa di Reykjavik.
"Bagi saya ia satu pencapaian yang sukar dipercayai, ia menakjubkan. Sudah tentu untuk menjaringkan gol kemenangan, ia lebih istimewa," kata Ronaldo kepada UEFA.com.
"Kami tidaklah bermain dengan begitu bagus tetapi kadang-kadang bola sepak memang begitu," kata Ronaldo, yang membuat penampilan sulung antarabangsa pada usia 18 tahun pada Ogos 2003.
"Tetapi kami menjaringkan gol dan pada pendapat saya, kami memang berhak. Saya terlalu gembira dengan penampilan ke-200, tetapi ini lebih istimewa."
Penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo menerima sijil pengiktirafan Rekod Dunia Guinness susulan penampilan ke-200 di peringkat antarabangsa sebelum aksi kelayakan Euro 2024 menentang Iceland di Reykjavik, awal pagi tadi. – Foto AFP
Ronaldo menerima sejambak bunga dan sijil untuk memperingati peristiwa penting itu, yang terbaharu dalam senarai panjang rekod buat bekas bintang Real Madrid dan Manchester United itu.
Selepas menjaringkan dua gol dalam setiap perlawanan kelayakan Portugal pada Mac lalu, walaupun menentang Liechtenstein dan Luxembourg, Ronaldo gagal mencipta jaringan ketika menang 3-0 ke atas Bosnia-Herzegovina minggu lalu.
Namun dia sekali lagi menutup mulut mereka yang meragui keputusan jurulatih Roberto Martinez memanggilnya, meraih gol kemenangan selepas Iceland beraksi dengan 10 pemain apabila Willum Thor Willumsson dibuang padang.
Goncalo Inacio menanduk bola hantaran lambung ke arah Ronaldo yang menyepak masuk dari jarak dekat pada minit ke-89, dengan gol itu pada mulanya dibatalkan kerana ofsaid sebelum keputusan itu diubah dan kapten Portugal itu akhirnya dikerumuni rakan sepasukannya.
Portugal kekal menghuni tangga teratas Kumpulan J, menjaringkan 14 gol tanpa balas dalam empat kemenangan berturut-turut bagi aksi kelayakan Euro 2024 di Jerman tahun depan. – AFP
Reaksi Penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo menjaringkan gol kemenangan 1-0. - Foto AFP
Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... al-pada-aksi-ke-200
|
|
|
|
|
|
|
| |
|