KUCHING: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) akan beralih kepada penggunaan kaedah e-mel sepenuhnya sebagai salah satu medium penyampaian maklumat dan komunikasi utama, sekali gus memansuhkan penggunaan mesin faksimili di semua premis HASiL di seluruh Malaysia mulai 1 Julai 2023.
Menurut satu kenyataan semalam, pemansuhan ini adalah selari dengan hasrat mengoptimumkan penggunaan medium penyampaian maklumat dan komunikasi sedia ada seperti e-mel.
Jelasnya, ia juga meningkatkan kecekapan pentadbiran dan operasi pejabat seiring dengan amalan semasa agensi luar.
Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara); HASiL Live Chat dan Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/.
|