CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 146|Reply: 0

Chelsea mahu lepas enam pemain ke Arab Saudi

[Copy link]
Post time 19-6-2023 01:41 PM | Show all posts |Read mode

PEMAIN Chelsea (dari kiri) Lukaku, Aubameyang dan Ziyech dijangka menyertai Kante (kanan) di Arab Saudi untuk meringankan beban kewangan Chelsea. FOTO AGENSI

London: Pemilik Chelsea, Todd Boehly berharap Arab Saudi dapat membantu meringankan beban kewangan kelab itu dengan membeli enam pemain The Blues.

Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu menanggung perbelanjaan £230 juta (RM1.36 bilion) setahun untuk enam pemain itu dan melepaskan mereka ke Timur Tengah akan membantu Chelsea menepati garis panduan Fair Play Kewangan (FFP).

Pemain tengah, N'Golo Kante, yang ditandatangani dari Leicester pada 2016 dengan harga £29 juta (RM171.38 juta) akan meninggalkan Stamford Bridge untuk ke Timur Tengah selepas kontraknya tamat akhir bulan ini.

Pemain Perancis berusia 32 tahun itu menandatangani kontrak £1.7 juta (RM10.06 juta) seminggu - enam kali ganda jumlah diterimanya di Chelsea - dengan Al-Ittihad.

Penyerang veteran Chelsea, Pierre-Emerick Aubameyang, 32, yang dibeli dengan harga £10 juta (RM59 juta) dari Barcelona, Ogos lalu, sedang berunding dengan kelab Liga Pro Saudi yang dimiliki Public Investment Fund (PIF).

Pertahanan Senegal, Kalidou Koulibaly, yang tiba dari Napoli dengan harga £34 juta (RM200 juta) pada musim panas lalu, turut mendapat tawaran daripada kelab Arab Saudi.

Romelu Lukaku, penyerang yang dipinjamkan ke Inter Milan musim lalu, ditawarkan kontrak £21 juta (RMRM124 juta) oleh Al-Hilal.

Pemain sayap, Hakim Ziyech, yang dibeli dari Ajax pada 2020, menjadi sasaran kelab diwakili Cristiano Ronaldo, Al-Nassr.

Penjaga gol The Blues, Edouard Mendy turut berpeluang mendapat bayaran lumayan bersama Al-Ahli, yang sudah menghubungi ejen pemain berkenaan.

Boehly membelanjakan lebih £600 juta (RM3.55 bilion) untuk membeli pemain sejak mengambil alih kelab daripada Roman Abramovich, pada awal musim lalu.

Kini Chelsea perlu mula melepaskan sebahagian pemainnya sebelum 30 Jun bagi memastikan mereka tidak melanggar peraturan FFP, walaupun kelab itu tidak akan bersaing di pentas Eropah musim depan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... emain-ke-arab-saudi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.380122 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list