View: 183|Reply: 0
|
Masa depan Modric belum pasti - Dalic
[Copy link]
|
|
MODRIC (jersi no 10) cuba melepasi kawalan pemain Sepanyol. FOTO REUTERS
Rotterdam: Croatia boleh berbangga kerana memenangi satu lagi medal, kata jurulatih, Zlatko Dalic, selepas mereka tewas 4-5 menerusi penentuan sepakan penalti di tangan Sepanyol di final Liga Negara-Negara, hari ini.
Kekalahan selepas terikat tanpa jaringan itu mengecewakan Croatia, yang dihangatkan sokongan puluhan ribu penyokong dalam usaha memburu trofi utama pertama selepas merangkul perak dan gangsa dalam dua edisi Piala Dunia sebelum ini.
"Kami menang medal, satu demi satu dan ia adalah sesuatu yang hebat," kata Dalic.
"Tiga medal untuk Croatia adalah pencapaian hebat dan menunjukkan Croatia memiliki potensi besar. Kami kecewa kerana kalah, tetapi kami patut bangga dengan apa yang dilakukan."
Dalic berkata, masa depan kapten, Luka Modric masih belum jelas selepas pemain tengah Real Madrid berusia 37 tahun itu sekali lagi mempamerkan persembahan memberangsangkan.
"Luka berkata dia akan membuat keputusan sendiri selepas kejohanan ini dan ia memang adil," kata Dalic.
"Dia bermain dengan hebat, kami gembira sekiranya Luka terus bermain, dia pemain hebat dan saya berharap dia kekal bersama kami untuk tempoh yang panjang."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... c-belum-pasti-dalic |
|
|
|
|
|
|
| |
|