View: 188|Reply: 0
|
[Selangor]
Lelaki diugut dengan parang, ditampar ketika tuntut jual motosikal
[Copy link]
|
|
Ampang Jaya: Niat seorang kelindan lori bersama rakannya ke rumah seorang lelaki yang membeli motosikalnya di Kampung Fajar, Taman Melawati untuk menuntut bayaran dijanjikan bertukar sebaliknya apabila diugut dengan parang dan ditampar.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, kejadian berlaku pada 2 pagi 11 Jun lalu apabila lelaki berusia 22 tahun bersama rakannya ke rumah suspek untuk menuntut bayaran jual beli motosikal itu berjumlah RM1,400.
Menurutnya, ketika tiba di rumah suspek dan seorang lagi lelaki datang menengking mangsa serta rakannya.
"Lalu suspek dan seorang lagi lelaki mengambil parang dan hendak menetak kepala mangsa tetapi sempat dihalang oleh rakannya.
"Kedua-dua lelaki itu terus menampar pipi mangsa di mana motif kejadian adalah kerana suspek tidak membayar nilai membeli motosikal seperti dijanjikan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd Azam berkata, susulan laporan yang diterima itu, sepasukan polis membuat tangkapan terhadap dua lelaki berusia 34 tahun dan 20 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori serta penganggur pada 2.10 petang semalam.
"Kedua-dua suspek didapati mempunyai rekod kesalahan lampau atas kesalahan dadah dan jenayah.
"Keputusan ujian saringan awal air kencing juga bebas dari pengambilan dadah.
"Permohonan reman dibuat dan dibenarkan untuk direman selama dua hari bermula hari ini," katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan ugutan jenayah yang boleh membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ntut-jual-motosikal |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|