CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 178|Reply: 0

Peluang TFC perbaiki pencapaian musim lalu

[Copy link]
Post time 17-6-2023 01:03 PM | Show all posts |Read mode

PEMAIN TFC giat menjalani latihan menjelang pertemuan dengan Kedah pada 23 Jun ini. FOTO GHAZALI KORI

Kuala Terengganu: Terengganu FC (TFC) berpeluang untuk melangkah lebih jauh dalam pentas Piala Malaysia musim ini selepas diundi berdepan pasukan daripada Liga M3 dalam pusingan 16.

Musim lalu, naib juara Piala FA itu terkandas di peringkat separuh akhir bagi merebut trofi paling berprestij dalam negara itu selepas tumpas dengan agregat 3-2 kepada Selangor FC.

Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu FC (TFC) Sdn Bhd, Ab Rasid Jusoh menjelaskan, peluang buat skuadnya untuk melangkah ke suku akhir terbuka luas selepas diundi menentang pasukan bertaraf amatur.

Malah jelasnya, skuad kendalian Tomislav Steinbruckner itu juga mampu memperbaiki perjalanan saingan Piala Malaysia pada musim ini selepas tersekat di peringkat separuh akhir pada tahun lalu.

Bagaimanapun beliau awal-awal lagi mengingatkan anak buahnya agar berwaspada bermula pertemuan pusingan 16 lagi kerana dalam sukan bola sepak pelbagai kejutan boleh terjadi.

"Keputusan undian dalam saingan Piala Malaysia kali ini bagaikan mengulangi episod perjalanan pasukan dalam Piala FA bermula dengan perlawanan pertama menentang Melaka FC yang berakhir dengan kemenangan 4-0.

"Namun saya ingatkan pemain agar tidak memandang rendah keupayaan pasukan lawan tidak kira dari divisyen mana sekali pun, sebaliknya kita perlu memperbaiki setiap kelemahan dan menggunakan kekuatan yang ada untuk mengatasi pihak lawan.

"Besar harapan saya agar pasukan dapat memperbaiki perjalanan yang terhenti di peringkat separuh akhir pada tahun lalu dan pada masa sama berharap peminat Terengganu dapat memberikan sokonang padu kepada pasukan," katanya ketika dihubungi.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ncapaian-musim-lalu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 04:20 AM GMT+8 , Processed in 0.031975 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list