View: 188|Reply: 0
|
Jerman tuan rumah Euro 2024 tewas lagi dalam aksi persahabatan
[Copy link]
|
|
Penyerang Poland, Jakub Kiwior meraikan gol tunggal dan kemenangan pasukannya mengatasi Jerman 1-0 pada aksi persahabatan antarabangsa di Warsaw, awal pagi tadi. – Foto REUTERS
WARSAW: Tuan rumah Euro 2024, Jerman tumpas 1-0 kepada Poland pada aksi persahabatan antarabangsa awal pagi tadi untuk meneruskan rentetan kekecewaan mereka kurang setahun sebelum menjadi hos kejohanan sebenua itu.
Tandukan Jakub Kiwior yang melantun memastikan kemenangan kedua buat Poland ke atas Jerman dalam tempoh 90 tahun. Jerman kini hanya menang tiga daripada 10 perlawanan antarabangsa terakhir mereka.
Juara dunia empat kali Jerman, yang menentang Colombia minggu depan pada perlawanan terakhir antarabangsa sebelum cuti rehat musim panas, kini mempunyai kurang setahun untuk membina pasukan yang mampu mencabar kejuaraan Euro di gelanggang sendiri.
Susulan kegagalan mereka tersingkir pada pusingan pertama Piala Dunia di Qatar tahun lalu, sehingga kini mereka gagal membuktikan sudah pulih sekalipun aksi mereka pada babak kedua awal pagi tadi lebih baik berbanding separuh masa pertama.
Mereka hanya menang satu perlawanan – ke atas Peru – dalam empat perlawanan sejak Piala Dunia.
Penyerang Jerman, Kai Havertz gagal bertindak cemerlang pada aksi persahabatan antarabangsa menentang Poland di Warsaw, awal pagi tadi. – Foto REUTERS
"Masih jauh lagi perjalanan kami dan masih ada masa mencukupi," kata jurulatih Jerman, Hansi Flick. "Saya amat yakin dengan apa yang perlu kami lakukan.
"Kami akan ada satu pasukan yang berfungsi menjelang Jun tahun depan. Ia satu proses yang kami lalui bersama. Pasukan bersedia untuk melakukannya.
"Kami berada dalam peringkat yang mana ia tidak mudah. Kami akan mengatasinya. Kami boleh meneruskan dengan persembahan babak kedua sekalipun keputusannya, sudah tentu tidak mencukupi buat kami."
Jerman, yang memerlukan dua gol lewat sebelum seri 3-3 menentang Ukraine Isnin lalu, hampir terperangkap apabila Jakub Blaszczykowski cuba menyambut satu hantaran lintang tetapi terjahan tepat Malick Thiaw menafikan pemain berusia 37 tahun itu di penjuru kotak penalti.
Penjaga gol Marc-Andre ter Stegen bagaimanapun tertewas pada minit ke-31 apabila tandukan kencang Kiwior melantun di padang sebelum melepasi jangkauannya. – REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... m-aksi-persahabatan |
|
|
|
|
|
|
| |
|