View: 147|Reply: 0
|
Arsenal singkir 10 pemain
[Copy link]
|
|
AINSLEY Maitland-Niles (kiri) antara yang diketepikan Arsenal. FOTO EPA
London: Arsenal akan melepaskan 10 pemain pada akhir bulan ini apabila kontrak mereka tamat, termasuk seorang pemain yang membuat 132 penampilan untuk pasukan utama.
The Gunners mengeluarkan kenyataan untuk mengesahkan pemain mana yang akan meninggalkan kelab itu apabila kontak mereka berakhir secara rasmi.
Antaranya ialah Ainsley Maitland-Niles, yang sudah menghabiskan empat musim terakhir secara pinjaman di kelab yang berbeza.
Pemain berusia 25 tahun itu, produk akademi Arsenal, pernah bermain dengan Ipswich, Roma, West Brom dan yang terbaru Southampton.
Maitland-Niles membuat penampilan sulung untuk kelab London utara itu di usia 17 tahun pada 2014.
Bekas pemain antarabangsa England itu akan disertai Zach Awe, Joel Ideho, George Lewis, Matt Smith dan Tom Smith.
Mengikut jejak langkah mereka adalah baki empat pemain itu Kaleel Green, Alexandar Kovacevic, Tino Quamina dan Mathaeus Roberts.
"Terima kasih kepada semua pemain di atas atas sumbangan mereka kepada kelab semasa mereka bersama kami.
"Anda akan sentiasa menjadi sebahagian daripada keluarga Arsenal dan kami mendoakan kesihatan, kebahagiaan dan kejayaan anda pada masa depan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... l-singkir-10-pemain |
|
|
|
|
|
|
| |
|