CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 212|Reply: 0

[Perak] Samun 70 iPhone, penuntut IPT diberkas

[Copy link]
Post time 15-6-2023 05:22 PM | Show all posts |Read mode

AHMAD Adnan (dua kiri) menunjukkan telefon bimbit jenama iPhone yang disamun penuntut IPT pada 3 April lalu. FOTO Muhamad Lokman Khairi

Teluk Intan: Penuntut institut pengajian tinggi (IPT) ditahan bagi membantu siasatan kes samun kedai alat komunikasi di Kompleks Menara Condong Teluk Intan, di sini, April lalu.

Suspek berusia 21 tahun ditahan dalam serbuan di sebuah kondominium Jalan Perda Barat, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, pada 12.05 tengah hari kelmarin.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, hasil serbuan, polis merampas 23 unit telefon bimbit jenama iPhone, masing-masing satu jam tangan Apple Watch dan iPad; pen tablet jenama Samsung (2), wang tunai RM853 dan sebuah kereta Proton Wira.

"Siasatan awal mendapati suspek yang masih bujang dan masih menuntut di sebuah IPT di Pulau Pinang mengaku terbabit kes ini bersendirian.

"Suspek juga didapati mempunyai satu rekod lampau berkaitan jenayah dan ujian air kencing didapati negatif," katanya pada sidang media di IPD Hilir Perak, di sini, hari ini.

Ahmad Adnan berkata, suspek ditahan reman selama empat hari sehingga Sabtu untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun serta sebatan.

Pada 3 April lalu, portal Harian Metro melaporkan seorang pengawal keselamatan di kompleks berkenaan ditetak dengan kapak, diikat serta dikurung di dalam tandas.

Suspek kemudian memecah masuk sebuah kedai alat komunikasi dan melarikan 70 unit telefon berjenama iPhone bernilai RM300,000.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... nuntut-ipt-diberkas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 06:17 PM GMT+8 , Processed in 0.970693 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list