|

TIGA beranak cedera dihempap dinding rumah yang runtuh. FOTO ihsan bomba
Gombak: Tiga beranak nyaris maut selepas dinding rumah yang masih dalam pembinaan menghempap mereka di Jalan Sungai Pusu, di sini, hari ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan jam 2.35 petang tadi.
Menurutnya, sebuah jentera bersama anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus panggilan kecemasan diterima.
"Sebuah keluarga warga tempatan terdiri daripada seorang lelaki berusia 35 tahun cedera parah, manakala isterinya berusia 30 tahun dan anak lelaki berusia 2 tahun cedera ringan.
"Pihak bomba memberi rawatan awal kepada semua mangsa dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... mpap-dinding-runtuh |
|