CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 167|Reply: 0

[Terengganu] Lelaki bakar al-Quran, sejadah ditahan polis

[Copy link]
Post time 13-6-2023 06:25 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Terengganu: Polis menahan lelaki yang dipercayai membakar al-Quran dan sejadah dalam kejadian di tepi pusat hemodialisis di Batu Rakit, Kuala Nerus, semalam.

Suspek yang berusia 33 tahun dan tidak bekerja itu ditahan kira-kira 10.50 pagi hari yang sama berhampiran Pasar Maras, di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Superintendan Wan Mohd Zaki Wan Ismail berkata, penahanan suspek dibuat susulan laporan polis dibuat seorang lelaki berusia 56 tahun.

Menurutnya, pengadu yang sebelum itu berada di rumahnya menerima panggilan telefon kira-kira 10.30 pagi memaklumkan perbuatan suspek membakar al-Quran dan sejadah di tepi pusat hemodialisis di Batu Rakit.

"Pengadu bergegas ke lokasi kejadian sebelum mendapati suspek sedang membakar bahan berkenaan dan dia mengesyaki al-Quran dan sejadah itu diambil dari masjid berhampiran.

"Suspek direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 298 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.



Lelaki yang ditahan selepas dipercayai membakar al-Quran dan sejadah dibawa ke Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu bagi mendapatkan perintah reman. FOTO ZATUL IFFAH ZOLKIPLY

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... jadah-ditahan-polis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 11:08 PM GMT+8 , Processed in 0.319852 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list