CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 238|Reply: 0

[Selangor] Nur Atikah tak makan 'usikan'

[Copy link]
Post time 13-6-2023 09:36 AM | Show all posts |Read mode

NUR Atikah Ayuni bersama motosikal berkuasa tinggi miliknya. FOTO Ihsan Nur Atikah Ayuni Muhamad Hazan,

Subang: Sering diusik dengan gurauan 'kaki tak sampai' dan 'motosikal lagi besar daripada tuan' tidak mematahkan semangat gadis bertubuh kecil ini menunggang motosikal berkuasa tinggi.

Nur Atikah Ayuni Muhamad Hazan, 22, yang hanya berketinggian 148 sentimeter (sm) menunggang Yamaha MT15 155cc sejak tujuh bulan lalu dan sering mendapat perhatian netizen di TikTok.

Menurutnya, menunggang motosikal bersaiz dua kali ganda daripada saiz badannya sering membuatkan dirinya dijadikan bahan gurauan rakan penunggang motosikal lain terutamanya lelaki.

"Kalau kami berjumpa memang saya selalu kena 'bahan' (diusik) dan sama juga di TikTok tetapi saya tak kisah sebab tahu mereka hanya bergurau saja kerana saya baru berusia 22 tahun dan bersaiz kecil, sama tinggi seperti pelajar sekolah menengah yang membuatkan motosikal lebih besar daripada saya.

"Bagi saya walaupun berbadan kecil saya mampu menunggang motosikal yang saiznya dua kali lebih besar daripada saya biarpun diakui memang saya tak mampu nak angkat jentera itu dan itu boleh menjadi inspirasi juga untuk gadis di luar sana," katanya tinggal di Subang, di sini, ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, minat menunggang motosikal terinspirasi daripada tiga penunggang wanita yang aktif di TikTok selain mengakui mahu tampil lebih berbeza dan unik sebagai seorang gadis.

"Saya beli motosikal ini dengan usaha sendiri dan dalam pemilihan motosikal saya lebih tertarik kepada potongan (badan jentera), reka bentuk sportbike dan naked bike saiz, berat saya, kos selenggara dan posisi badan sesuai atau tidak.

"Sebenarnya jika diikutkan Yamaha MT15 155cc tidaklah besar sangat tetapi mungkin sebab saya bertubuh kecil itu yang nampak motosikal lebih besar dan saya menunggangnya setiap hari ke tempat kerja," katanya berkerja sebagai kakitangan jualan di sebuah kedai aksesori motosikal.

Katanya, pada mulanya keluarga tidak bersetuju dengan keinginannya memiliki motosikal sendiri, namun terpaksa akur dengan impiannya itu selain dia juga berani mengambil risiko menunggang motosikal.

"Setakat ini saya tak pernah menjadi mangsa buli jalanan lagi dan biasanya ramai yang mengenali saya kerana melihat di TikTok tetapi tidak menegur (sebelum beritahu di komen TikTok) dan ada juga yang curi-curi rakam video.

"Selalu juga saya dan kumpulan motosikal lakukan riadah tunggangan santai sehingga ke Negeri Sembilan dan selepas ini saya akan sertai mereka ke Johor pula," katanya.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... ah-tak-makan-usikan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.057260 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list