CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 300|Reply: 0

[Perak] Wanita warga emas dakwa pecut kenderaan takut dilanggar

[Copy link]
Post time 13-6-2023 09:27 AM | Show all posts |Read mode

TANGKAP layar memaparkan pemandu Perodua Viva bergesel dengan sebuah motosikal di persimpangan lampu isyarat Jalan Raja Musa Mahadi, dekat Jalan Sultan Azlan Shah, di sini, semalam. FOTO TULAR

Ipoh: Wanita warga emas berusia 73 tahun memberi alasan takut dilanggar dari belakang jika berhenti menyebabkan dia 'memecut' ketika lampu kuning sehingga menyebabkan kenderaannya bergesel dengan sebuah motosikal.

Dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat Jalan Raja Musa Mahadi, dekat Jalan Sultan Azlan Shah, di sini semalam, wanita itu turut mendakwa bahawa lampu isyarat ketika itu masih kuning dan belum merah.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, berkata pihaknya menerima laporan polis berhubung kejadian itu jam 1.52 petang semalam membabitkan Perodua Viva yang dipandu wanita berkenaan dengan sebuah motosikal jenis Yamaha LC135 yang ditunggang seorang lelaki berumur 48 tahun.

Menurutnya, siasatan mendapati kejadian berlaku jam 8.16 pagi semalam, yang mana Perodua Viva dari arah Kampung Simee bergesel dengan motosikal yang ingin membelok ke kanan memasuki Jalan Rasa Musa Mahadi dari arah bertentangan.

"Akibat kemalangan itu penunggang motosikal berkenaan patah tangan, luka di dagu serta ibu jari kiri manakala pemandu Perodua Viva mengalami kecederaan ringan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, namun tiada tangkapan buat masa ini," katanya

Yahaya turut menyeru orang ramai yang menyaksikan kejadian itu supaya berhubung dengan Deputi Superintendan Koo Boon Kuat di talian 016-4173222 untuk membantu siasatan.

Berdasarkan video tular berdurasi 29 saat berkenaan, kesemua kenderaan yang berada di laluan hala sama dengan Perodua Viva itu sudah berhenti di persimpangan terbabit namun kereta itu kelihatan ingin memecut sebelum pergeseran dengan motosikal itu berlaku.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... aan-takut-dilanggar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 06:40 PM GMT+8 , Processed in 0.065048 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list