CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 231|Reply: 0

[Selangor] Budak lelaki pandu kereta, bapa ditahan

[Copy link]
Post time 12-6-2023 02:33 PM | Show all posts |Read mode

TANGKAP layar video tular di media sosial. FOTO Tular

Klang: Tindakan kanak-kanak lelaki memandu kereta yang ditularkan di media sosial membawa padah apabila dia dan bapanya ditahan polis, hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, bapa dan anak yang masing-masing berusia 49 dan 11 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Pandamaran dekat sini pada 1.15 tengah hari tadi.

Beliau berkata, penahanan itu dibuat selepas pihaknya menerima klip video ditularkan di media sosial berdurasi 1.21 minit memaparkan kanak-kanak lelaki itu memandu kereta Proton Saga yang dipercayai berlaku kira-kira 6 petang Jumaat lalu.

"Polis menahan pemilik kenderaan dan kanak-kanak lelaki yang dipercayai pemandu kereta dalam video ditularkan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, Seksyen 111 APJ 1987 dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001," ," katanya dalam kenyataan hari ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kereta-bapa-ditahan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 06:41 PM GMT+8 , Processed in 0.070416 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list